KOTA KINABALU: Seramai 652 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dipindahkan dari Pelabuhan Sandakan untuk balik ke negara asal, semalam.
Semua PATI terbabit adalah tahanan di Depot Imigresen Papar, Sandakan dan Tawau yang dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan itu membabitkan seramai 469 lelaki dan 130 wanita.
Selain itu katanya, JIM turut menghantar pulang 43 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan 10 kanak-kanak berusia 23 bulan ke bawah.
“Ini adalah program pemindahan siri 13 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1.
“Semua PATI berusia lingkungan dua bulan hingga 76 tahun ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
SH Sitti Saleha berkata, seramai 3,118 tahanan warga Filipina dipindahkan dalam tempoh 2024 membabitkan pengangkutan laut dan udara menjadikan jumlah besar seramai 4,809 tahanan keseluruhan statistik warga asing yang dipindahkan.
Katanya, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.
Sehubungan itu, SH Sitti Saleha berkata, Jabatan Imigresen Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.
Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
“Pemindahan PATI akan dilakukan selepas melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses undang-undang negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing.
“Operasi Pemindahan ini adalah merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah,” katanya. – Info X
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi