69 Warga Kementerian Komunikasi Terima APC

PENAMPANG, SABAH – Seramai 69 kakitangan Kementerian Komunikasi menerima sijil Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) di sini pada Isnin.

Penyampaian tersebut disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi Zon Sabah tahun 2023 bersempena lawatan sehari beliau ke Sabah.

Pada majlis itu, seramai 41 kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mendahului penerimaan diikuti oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia seramai 27 orang dan seorang dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menurut Fahmi, pemberian tersebut merupakan pengiktirafan kepada pekerja dan seharusnya menjadi pemangkin untuk terus cemerlang.

“APC ini merupakan pengiktirafan kepada pekerja, anggota dalam jabatan dan agensi yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pekerjaan.

“TAPI SAYA HARAP KECEMERLANGAN INI BUKAN DI TAHAP INI SAHAJA, SAYA HARAPKAN SEMUA YANG TELAH MENERIMA SIJIL APC INI MAMPU UNTUK MEMBERI SEMANGAT DAN MENINGKATKAN USAHA DAN PRODUKTIVITI DI JABATAN DAN AGENSI MASING MASING.

“Pesanan saya agar penjawat awam tidak terlibat dengan masalah-masalah yang boleh merosakkan prestasi kerja spereti rasuah dan ponteng kerja memandangkan bermula hujung tahun ini, penjawat awam akan mula menerima kenaikan gaji,” ujarnya.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Mazlan Abdul Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Strategik RTM, Nasarudin Abdul Mutalib, Ketua Pengarah JaPen Malaysia, Julina Johan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Datin Rozita Waty Ridzuan, Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor. — JABATAN PENERANGAN SABAH