6,999 kes baharu Covid-19, 79 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan 6,999 kes baharu Covid-19 dan 79 kematian, manakala 5,121 pesakit pulih.

Ini menjadikan keseluruhan 484,787 daripada 565,533 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala 2,729 orang meninggal dunia akibat virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 78,017 kes aktif, dengan 419 daripada 846 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,477 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur (616), Kelantan (612), Sarawak (513), Negeri Sembilan (468), Johor (433), Kedah (422), Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214), Perak (212), Melaka (202), Sabah (190), Labuan (133), Putrajaya (13) dan Perlis (7).

Daripada jumlah kes baharu itu, empat ialah kes import dan baki 6,995 kes penularan tempatan membabitkan 6,385 warganegara dan 610 warga asing.

Beliau berkata, 79 kematian itu semuanya membabitkan warganegara, kecuali seorang warga asing yang berusia 33 hingga 87 tahun.

Katanya, 69 daripadanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, strok, jantung dan buah pinggang kronik.

Lapan daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Noor Hisham berkata, setakat ini, sebanyak 85% atau 10,190 katil di hospital Covid-19 seluruh negara sedang digunakan.

Daripada jumlah itu, 88% atau 1,698 katil ICU sudah penuh, dengan 104% atau 1,113 daripadanya menempatkan pesakit Covid-19.

Katanya, 39% daripada 2,138 ventilator yang digunakan setakat ini adalah untuk pesakit Covid-19.

Beliau berkata, 65% atau 27,183 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) turut penuh ketika ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *