Kes jangkitan baru Covid-19 mencatatkan sedikit peningkatan berbanding sehari sebelum ini. Kementerian Kesihatan melaporkan 7,276 kes baru yang menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,353,579.
Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (11 Okt ) dengan 6,709 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
- Sarawak (1,037)
- Kelantan (938)
- Johor (777)
- Selangor (671)
- Sabah (532)
- Terengganu (480)
- Pulau Pinang (441)
- Pahang (426)
- Perak (414)
- Kedah (357)
- Kuala Lumpur (220)
- Melaka (188)
- Negeri Sembilan (163)
- Putrajaya (36)
- Perlis (29)
- Labuan (0)
Antara neger-negeri yang mencatatkan jumlah kes yang semakin bertambah baik adalah seperti berikut:
Selangor – terendah dalam 161 hari – sejak 4 Mei lalu
Sabah – terendah dalam 80 hari – sejak 24 julai
Sarawak – terendah dalam 55 hari – sejak 18 Ogos
Kedah – terendah dalam 96 hari – sejak 8 julai
Pulau Pinang – terendah dalam 77 hari – sejak 27 Julai
Perlis – terendah dalam 13 hari – sejak 29 September
More Stories
Keputusan SPM diumum 24 April
Lelaki tipu jual beli emas ditahan polis
Tamu Dongongon berwajah baharu apabila siap dinaik taraf April 2026