Kementerian Kesihatan melaporkan 2,847 kes baharu Covid-19 berbanding 2,341 pesakit pulih dan lapan kematian.
Ini menyaksikan 363,608 daripada 387,535 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 1,415 kematian dicatatkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 22,512 kes aktif, dengan 125 daripada 260 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 748 kes.
Ia diikuti Sarawak (717), Kelantan (476), Kuala Lumpur (302), Johor (130), Negeri Sembilan (105), Pulau Pinang (89), Sabah (82), Perak (45), Kedah (44), Melaka (42), Pahang (39), Putrajaya (14), Terengganu (11) dan Labuan (tiga).
Perlis tidak melaporkan sebarang kes baharu.
Jumlah kes baharu itu membabitkan empat kes import dan 2,843 kes penularan tempatan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ