KOTA KINABALU: Seramai 80 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan positif Covid-19, setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun berkata, punca jangkitan kesemua anggota kesihatan terbabit bukanlah disebabkan oleh pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.
“Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ