KIEV: Sejumlah 800 anggota tentera Rusia terbunuh dalam operasi ketenteraan khas yang dilancarkan di Ukraine pada Khamis.
Kementerian Pertahanan Ukraine memaklumkan, lebih daripada 30 buah kereta kebal, tujuh pesawat pejuang, dan enam helikopter yang digunakan tentera rusia telah berjaya dimusnahkan.
Bagaimanapun, tiada angka korban yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Rusia sejak operasi tersebut dijalankan sehingga kini.
Sementara itu, serangan peluru berpandu Rusia berlarutan sehingga hari kedua menyebabkan 74 kemudahan tentera di Kiev musnah.
Serangan tersebut melibatkan 70 sasaran tentera termasuk 11 buah lapangan terbang di Ukraine.
Operasi menyasarkan kemudahan ketenteraan Ukraine itu dibuat selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan ‘operasi khas’ pada jam 5.40 pagi (waktu tempatan).

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad