[ad_1]
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara manfaatnya ialah saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangkutan.
Berucap pada majlis pelancaran PeKa B40 di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kesihatan turut bekerjasama dengan klinik dan makmal swasta terpilih untuk menjalankan saringan kesihatan bagi projek perintis tersebut.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Dr Dzulkefly berkata kementerian pada masa ini hanya memfokuskan saringan kesihatan kepada golongan berumur 50 tahun ke atas untuk skim tersebut bagi mengelakkan keperluan rawatan yang rumit dan kos tinggi sekiranya lewat didiagnosis.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 30 MacĀ
PGA rampas barang seludup RM2.4 juta
Sandakan, Beluran, Pitas disytihar banjir