Kementerian Kesihatan melaporkan 8,084 kes baharu Covid-19 dan 12,456 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan 2,240,345 daripada 2,369,613 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 702 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 683 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 19 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Daripada jumlah itu, 367 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 286 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 81 kes masih dalam siasatan.
Katanya, 133 kes atau 1.6% adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 7,951 kes atau 98.4% lagi dalam Kategori 1 dan 2.
Hisham berkata, terdapat 21 kes import dan baki 8,063 kes penularan tempatan yang membabitkan 7,594 warganegara serta 469 warga asing.
Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.88 setakat semalam.
Putrajaya mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.07, disusuli Negeri Sembilan (1.03), Perlis (0.99), Kelantan (0.96), Kuala Lumpur (0.95), Terengganu (0.94), Selangor (0.92), Pahang (0.89), Melaka (0.88), Sabah (0.87), Kedah (0.87), Perak (0.84), Johor (0.83), Pulau Pinang (0.82) dan Sarawak (0.78).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ