Kementerian Kesihatan melaporkan 8,817 kes baharu Covid-19 berbanding 15,615 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,294,457 kes setakat ini, dengan 2,131,636 daripadanya sudah sembuh.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 851 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 815 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 36 kes masih dalam siasatan.
Katanya, 395 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 332 daripadanya positif Covid-19 dan baki 63 orang disyaki dijangkiti virus itu.
Beliau berkata, 182 kes atau 2.1% adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 8,635 kes atau 97.9% lagi dalam Kategori 1 dan 2.
Katanya, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,361 kes.
Ia diikuti Selangor (1,348), Kelantan (1,063), Johor (886), Sabah (805), Pahang (696), Pulau Pinang (595), Kedah (576), Perak (473), Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47), Putrajaya (23) dan Labuan (tiga).
Daripada jumlah kes baharu hari ini, 14 ialah kes import dan baki 8,803 kes penularan tempatan membabitkan 8,109 warganegara serta 694 warga asing.
Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.87 setakat semalam.
Putrajaya mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.04, disusuli Melaka (1.01), Perlis (1.00), Terengganu (0.98), Negeri Sembilan (0.97), Kelantan (0.96), Pahang (0.96), Perak (0.90), Sarawak (0.87), Kedah (0.87), Johor (0.86), Selangor (0.86), Pulau Pinang (0.85), Sabah (0.84) dan Kuala Lumpur (0.84).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ