Sebanyak tujuh lokaliti di Sabah dan dua di Pahang diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 2 Ogos ini.
Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini, memaklumkan berkenaan lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD bermula 2 hingga 14 dan 15 Ogos adalah seperti berikut
- Sabah;Lima lokaliti di Kota Kinabalu, melibatkan Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Darau, Menggatal, Kampung Rakyat Baru, Kuarters Pekerja Imbas Jaya, dan Jalan Kionsom ( 2 hingga 14 Ogos )
- Dua lokaliti di daerah Beaufort, melibatkan Kampung Melulugus dan Lorong 3, Kampung Klias Baru
Pahang;
- Dua lokaliti di daerah, Rompin melibatkan Kampung Melulugus dan Lorong 3, Kampung Klias BaruTaman Zifa, Bingkul, Beaufort, Sabah
Pelanjutan PKPD pada 2 hingga 15 Ogos
- Pos Iskandar, Bera, Pahang
- Kampung Tinusa 2, Sandakan, Sabah
Penamatan PKPD pada 1 Ogos
- Kampung Emperoh Nyiru Grait, Kuching, Sarawak
- Kuala Medang, Lipis, Pahang
- Apartment Seri Maju, Kota Kinabalu, Sabah
- Kampung Simpangan, Kota Marudu, Sabah
- Dua lokaliti di Tawau, Sabah iaitu; QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari
- Taman Zifa, Bingkul, Beaufort, Sabah
- Tiga lokaliti di Kuala Muda, Kedah iaitu; Taman Bandar Baru Sg Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang (termasuk Taman Cahaya PKNK)
- Empat lokaliti dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan iaitu; Taman Chembong Utama, Taman Chembong Jaya & Taman Sedia Raja, (Mukim Chembong) dan Taman KSNS (Mukim Pedas)
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, 290 orang ditahan kerana mengingkari SOP, dengan 219 daripadanya dikompaun dan 71 lagi direman.
Katanya, 61 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.
Beliau berkata, 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan satu kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong