Oleh : Lea
KOTA KINABALU, 4 Feb – Kes baharu positif COVID-19 meningkat hampir dua kali ganda iaitu daripada 476 kepada 909 kes hari ini.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, daerah Sandakan mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 185 kes, diikuti oleh Penampang sebanyak 115 kes, Kota Kinabalu (101) dan Tuaran (86).
Sehubungan dengan itu, 4 kluster baharu turut diumumkan iaitu Kluster Jalan Pendidikan di Ranau, Kluster Sungai Batang di Sandakan, Kluster Jalan Tandek di Kota Marudu, dan Kluster Jalan Taman Beringin di daerah Kota Kinabalu.
Kesemua kluster tersebut tergolong dalam kategori kluster institusi pendidikan.
Sementara itu, sejumlah 900 daripada 909 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 iaitu bergejala ringan, lima kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad