KOTA KINABALU: Malaysia mencatatkan kes pulih tertinggi iaitu sebanyak 91 pesakit dibenarkan discaj, hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad setakat ini sebanyak 479 kes iaitu 18.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sabah setakat ini turut merekodkan jumlah sembilan pesakit yang telah pulih termasuk dua yang terbaharu di Kinabatangan, hari ini.
Dalam perkembangan sama, dua lagi kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan seramai 37 orang, setakat ini.
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa korban ke-36 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun.
Lelaki berkenaan yang merupakan pesakit ke-1,941 telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 sebelum disahkan meninggal dunia padajam 8.10 pagi tadi.
Kes kematian ke-37 pula melibatkan pesakit kes-2,471 yang merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 46 tahun.
Pesakit itu mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun dan dirawat di hospital di Miri Sarawak, sebelum meninggal dunia pada 9.02 pagi tadi.
Noor Hisham juga memaklumkan bahawa setakat tengah hari tadi, sebanyak 156 kes baru, yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia adalah sebanyak 2,626 kes.
Sehingga kini, seramai 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 62 kes memerlukan bantuan pernafasan./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ