Mohammad memukul gong sebagai tanda perasmian program disakikan oleh Arnold, Zainuddin dan Christina .
By: Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Para pencari kerja terutamanya para belia disarankan agar merebut peluang terhidang menerusi sesi temuduga terbuka melalui lebih 30 pempamer terdiri daripada syarikat swasta, industri perhotelan, kolej swasta menerusi kembara kerjaya anjuran bersama dua jabatan kerajaan.
Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi YB, Mohammad Mohammarin berkata, sambutan amat menggalakkan dikalangan pencari kerja khasnya di daerah Kota Marudu sebagai destinasi kedua dimana sebanyak 364 jawatan telah berjaya diisi, daripada 1700 kekosongan yang ditawarkan oleh pihak majikan.
Kaunter Pendaftaran yang disediakan untuk melayan para percari pekerjaan
Beliau yang juga Ahli DUN Banggi berkata , acar sama yang diadakan di pada 20 Ogos lalu sambutan agak kurang, hanya sebanyak 132 orang berjaya mendapat pekerjaan daripada 500 kekosongan yang ditawarkan pihak majikan.
Katanya, berdasarkan statistik jabatan berkenaan sehingga kini masih ramai dikalangan pencari kerja mahu merebut peluang, ini kerana tawaran serta gaji yang dicadangkan amat lumayan.
Sehubungan itu beliau menyeru para belia yang masih menganggur agar tidak terlalu memilih bidang pekerjaan, yang penting mereka ada peluang dan mendapat pengalaman bermula dari peringkat bawah selain mereka tidak perlu lagi pergi jauh untuk ditemuduga serta terus berpeluang mendapatkan informasi dengan jelas daripada bakal majikan.
Menurutnya, seseorang lepasan SPM atau graduan tidak semestinya terus mendapat kerja dan kedudukan serta gaji yang tinggi sebelum memperolehi terlebih dahulu pengalaman bekerja dari peringkat rendah.
Beliau yang turut berkongsi pengalaman ketika baru berjinak-jinak mencari kerja berkata “dahulu saya pernah menjadi pekerja buruh binaan selama beberapa bulan” dimana keluarga beliau merupakan anak nelayan yang memang pakar dalam kerja-kerja menangkap ikan di laut.

Bersama menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan Jalur Gemilang
Memandangkan beliau mempunyai iktizam dan cita cita tinggi dan mahu mengubah kehidupan keluarganya sebagai nelayan yang serba kekurangan, beliau tekad berusaha bersungguh-sungguh sehingga meraih kejayaan melalui akademik dengan ilmu sehingga membolehkan beliau berada didalam kedudukan sekarang.
Kembara kerjaya siri ke-dua anjuran bersama Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan Pembangunan sumber manusai Sabah merupakan kesinambungan siri kembara kerjaya pertama di pantai Timur yang berakhir April lalu dan siri ke-2 bermula 19 Ogos lalu dari Kota Kinabalu-Kudat-Kota Marudu-Ranau dan berakhir di Keningau pada 23 Ogos ini.
Katanya, pada siri jelajah pertama 23 -30 Mac lalu dari Kota Kinabalu- berakhir di Sandakan sebanyak 7,143 kekosongan ditawarkan dari 148 buah majikan yang menawarkan kerja dan cuma sebanyak 4,042 orang pencari kerja berjaya mendapatkan kerja iaitu hampir separuh dari jumlah kekosongan yang ditawarkan.
Daripada rekod jabatan menunjukkan usaha seumpama ini akan dapat mengatasi kadar pengangguran di negeri ini sekaligus memberikan peluang pekerjaan kepada para belia terutamanya para graduan.
Terdahulu Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi berkata, sambutan dikalangan pencari di Kota Marudu amat memberangsangkan dimana kehadiran para belia khusunya para graduan yang mahu mencari pekerjaan dan peluang kerjaya dipelbagai bidang, kolej swasta serta sektor pelancongan.
Katanya, laporan daripada JPSM menerusi Sabah Job’s dan Job’s Malaysia iaitu melalui laman sensawang dan di Sabah sebanyak 3000 kekosongan yang ditawarkan namun hanya sebanyak 212 berjaya diisi menerusi portal Job’s Malaysia dan JPSM negeri Sabah.
Sementara itu beberapa orang belia yang ditemui amat tertarik dan tidak melepaskan peluang untuk ditemuduga terus kepada majikan atau kolej yang menawarkan pakej yang menarik dan berharap dapat mencari kerjaya atau kursus sambil bekerja pada syarikat-syarikat yang terpilih.
Bagi Cik, Nainey Guntarli 28, (Gambar) dia mencuba dalam pengurusan kewangan, mengambil peluang dari pameran kerjaya untuk mendapatkan lebih banyak infomasi tentang bakal pekerjaan yang ditawarkan sambil berpeluang bertemu terus dengan bakal majikan pilihan dan telah ditemuduga.
Mohammarin bersama Arnold, Pengarah JPSM Zainuddin JTKS Zainal dan Christina Aaron seterusnya melepaskan konvoi kereta kembara Merdaka untuk ke destinasi ke daerah Ranau.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ