AMBM Sabah anjur Seminar Anti-Dadah Peringkat Negeri Sabah 2019

Juhari (3 dari kiri) dan Abdullah (3 dari kanan) bersama AJK AMBM Sabah selepas mesyuarat tersebut

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Alumni Majlis Belia Malaysia (AMBM) Sabah akan menganjurkan seminar Anti-Dadah Peringkat Negeri Sabah pada 5 Sepatmber 2019.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi AMBM Sabah, Dato’ Juhari Janan selepas mempengerusikan mesyuarat AMBM, Sabah disini, semalam.

“Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan persiapan penganjuran seminar berkenaan yang bakal diadakan awal September nanti,” katanya.

Seminar Anti-Dadah peringkat Kebangsaan 2019 adalah antara aktiviti AMBM Sabah yang telah disusun sepanjang tahun ini.

Mesyuarat itu yang diadakan di bilik mesyuarat pejabat Jabatan Belia dan Sukan Pantai Barat, Kepayan turut dihadiri oleh Presiden Majlis Lembaga Pelawat AADK Malaysia ( MALPAM) Lt. Kol. Datuk Abdullah Hj. Abu Bakar.