Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Mesyuarat Alumni SMK Kota Marudu kali pertama bakal diadakan pada 2 September ini merupakan satu lembaran sejarah semenjak 50 tahun yang lalu, yang akan mengisi jawatan penting organasasi alumni sekolah .
Pengerusi penaja alumni SMK Kota Marudu Jeson Majimal, (Gambar) berkata, kehadiran beberapa bekas pemimpin seperti Datuk George Sangkin, Datuk Maijol Mahap, Majamis Tembuong, Jaiping Minsu, Padis Majingkin, Baintin Adun, PPM Suzie Salapan dan guru-guru diharap akan menjayakan AGM alumni sekolah.
“Kita sudah membuka dua akaun laman sesawang WhatsApp Dan Telegram atas nama Pertubuhan Alumni SMK Kota Marudu bagi memudahkan pendaftaran serta penyertaan, jemputan serta maklum balas dari semua bekas pelajar dimanapun mereka berada dalam masa terdekat in”katanya.
Pada 2 September ahli maupun bakal ahli disarankan hadir seawal jam 7.00 pagi bagi menyusun semula ajk serta beberapa jawatan seperti pengerusi alumni sekolah, pada majlis itu juga pendaftaran buat bersama yuran keahlian RM10.,00 dan ahli terus boleh mencalonkan diri pada jawatan jawatan berkenaan”katanya.
Pada mesyuarat agung itu sebanyak tujuh jawatan penting serta 16 ahli jawatan kuasa serta 6 lagi lantikan akan dibuat. Iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi 1, Timbalan Pengerusi 2, SetiaUsaha Agung, Bendahari, Timbalan Bendahari dan Juru audit (Lantikan)
Majlis perasmian masyuarat agung Pertubuhan Alumni SMK Kota Marudu kali pertama dijangka akan dilakukan oleh ahli dewan DUN Tandek Datuk Anita Baranting.
Katanya, pada majlis itu juga akan diadakan penyampaian hadiah kepada pelukis dan pencipta logo alumni SMK Kota Marudu iaitu Cikgu Julian Aban yang juga guru seni halus sekolah tersebut.
Sementara itu Pengetua SMK Kota Marudu Puan Faridah Raimin berkata, terdapat ramai dikalangan bekas-bekas pelajar sekolah yang telah berjaya kepuncak menara gading, semenjak ditubuhkan pada tahun 1968 hingga kini dan sudah tiba masanya Alumni sekolah iniperlu hadir.
“Pada tahun lepas, sekolah tersebut telah menyambut ulang tahun Jubli Emas ke 50 tahun penubuhan dan pada tahun ini sekolah yang dahulunya dikenali sebagai Bandau Government Secondary School telah mengeluarkan beribu-ribu lepasan sekolah yang telah berjaya menjadi pegawai tinggi, wakil rakyat, pensyarah, guru-guru, usahawan dan pelbagai lagi kerjaya termasuklah pegawai kedutaan, doktor, peguam, jurutera, penyanyi, yang telah mewarnai dan mengharumkan corak kepimpinan negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Antara pemimpin yang lahir dari sekolah tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Seri Panglima Hj Hashim Paijan, Pegawai Kedutaan dan menjadi Duta Malaysia ke Negara Eropah Timur Jilid Kuminding dan Mantan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Georgh Sangkin, Mantan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Maijol Mahap, Mantan Pengarah Kastam Negeri Sabah Datuk Dr. Janathan Kandok, En Majamis Timbong seorang Usahawan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Suzie Salapan, Pensyarah Fakulti Kedoktoran di UMS Dr.Jindaron Jailip, Dr Nelson Maisin Prof Jualang Gansau, Prof Jidon Janaun Dr Lydiarita Micheal Marajin Pengarah Hospital Kota Marudu, Ir Robert Gampawi, Tn Jaiping Minsu Pegawai Esukatif Majlis Daerah Ranau (YDP PIBG Kota Marudu) Pengetua Sekolah Tn Jainim, Tn Marmoh, Tn Halim Hajjah Rosmih Hj Jamal dan ramai lagi.

More Stories
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara
Ceramah ‘Seronoknya Kimia’ perkasa pemahaman STEM dalam kalangan masyarakat
UMS perkasa pembelajaran STEM melalui program Living Lab @ Pantai Dalit