Datuk Zakaria (duduk lima kiri) bersama para hadirin di Program 4K sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha
SANDAKAN: Pihak pengurusan setiap sekolah dalam Parlimen Libaran diminta memberi kerjasama untuk menyenaraikan sekolah-sekolah daif dan yang mengalami kerosakkan untuk dibaikpulih.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata, ia bagi memudahkan pihaknya memohon angka siling baik pulih menerusi peruntukkan berjumlah RM 73 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Menurutnya, ketika ini hanya 4 buah sekolah rendah dalam Parlimen Libaran telah dibaikpulih dan masih terdapat sekolah yang dikategorikan daif dan rosak perlu dikenalpasti untuk dibaik pulih bagi mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif.
Beliau ditemui media pada Program 4K Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha di Dewan Sekolah Kebangsaan Gum-Gum Kecil, baru-baru ini.
Ketika ini sebanyak 39 buah sekolah rendah dan menengah terletak dalam Parlimen Libaran.
Sebuah sekolah menengah iaitu SMK Libaran dalam proses pembinaan manakala SMK Gum-Gum 2, dalam rancangan untuk dibangunkan.
Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata, pihaknya dalam usaha menaiktaraf beberapa kemudahan asas penduduk yang mendiami Zon Dandulit.
Ini terrmasuk menaiktaraf jalan di 4 buah kampung dengan RM 14 juta melibatkan Kampung Sungai Beruang, Dandulit, Kuala Gum-Gum dan Kampung Banting.
Ia dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk dari 4 buah kampung berkenaan.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara