KERAJAAN TERUS PERKASAKAN PENDIDIKAN… ALUMNI TONGGAK SEKOLAH

Barisan AJK Dan alumni sekolah mengabdi kenangan bersama selepas majlis..

Oleh  Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Pihak Kerajaan akan terus memperkasakan  pendidikan sebagai wadah kepada pembangunan model insan yang terus meyumbang kepada  pembangunan negara serta peningkatan   social ekonomi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri  Tandek Datuk Anita Baranting berkata,  walaupun  negeri ini dan daerah ini khususnya masih ketinggalan dari arus pembangunan  prasarana   terutama sekolah daif luar  bandar tetapi  kerajaan terus salurkan dana  bagi memperbaiki bangunan tersebut.

Katanya,   sebanyak 1,295 sekolah rendah  seluruh negeri dan 586  merupakan sekolah daif, dan  di daerah ini sahaja  terdapat   21 buah sekolah  rendah daif   yang perlukan dana dari kerajaan perseketuan dan dengan koleberasi  KPM dan kementerian Pendidikan dan Inovasi  Sabah, sebanyak RM300 juta diperuntukkan  dari  Kerajaan Perseketuan telah disalurkan    bagi  tujuan  tersebut.

Dalam pada itu Anita,  yang juga bekas guru di sekolah tersebut  (Bandau GSS  1968-74) kini SMK Kota Marudu  memuji  usaha ajk penaja alumni sekolah yang  diterajui Cikgu Jeson Majimal  dan ajk kerana Berjaya merintis dan menubuhkan persatuan yang kini dikenali sebagai Pertubuhan Alumni yang sah sehingga pada hari ini terpahat satu lagi sejarah bagi sekolah.

“Hari ini terpahat satu lagi sejarah  sekolah yang  sudah  berumur ke- 51 tahun  dimana sebelum itu belum  terfikir untuk menubuhkan persatuan  alumni bagi  mengumpul dan menyatukan bekas-bekas pelajar sekolah tersebut” katanya.

Menurut Anita,  alumni sekolah umpama tunggak penting sebagai pengerak dan  pemacu kepada kelangsungan keperluan lain yang  mungkin tidak dapat dilakukan oleh pihak PIBG dan sekolah, oleh itu  penubuhan  alumni sekolah  tersebut adalah paling tepatseklaigus  boleh membantu melonjakkan lagi  peningatan  ekedemik.

Katanya , walaupun sekolah sudah di mama usia  dimana  bangunan sekarang  berusia  35 tahun   merupakan sekolah leganda yang  sudah melahirkan ramai  pemimpin, kakitangan awam, ahli perniagaan, ahli politik, pensyarah, guru dan kakitangan  keselamatan dan banyak lagi, namun perlu diberikan perhatian.

Anita berkata, pada majlis  penutupan  mesyuarat agung  pertubuhan alumni SMK Kota Marudu kali pertama di dewan makan  sekolah tersebut,  pada majlis itu Anita turut  memberikan lampu hijau bagi kelulusan  pemibinaan  tugu peringatan bagi alumni sekolah yang bernilai RM20,000 yang bakal dilaksankan tahun hadapan.

Sebelum itu  Pengetua SMK Kota Marudu  Faridah Raimin   berkata, memang tidak dapat dinafikan bahawa keujudan alumni  di sekolah   tersebut merupakan satu   petanda baik, alumni   diperlukan pihak  sekolah dan  PIBG,  sekolah masih tidak mempunyai   dewan dan banyak keperluan  lain yang  perlu dibaiki atau digantikan dengan yang baru.

Katanya,  “PIBG,  alumni  sekolah dan  masyarakat   berpisah tiada” dan   dengan adanya  kepimpinan alumni yang  bahru yang diterajui  Jaiping Minsu dan ajk sudah tentunya  akan dapat mengerakan serta  dapat menyumbang  kelangsungan sekolah ini pada masa akan datang.

Barisan  penaraju alumni SMK Kota Marudu bagi 2019-2020 adalah seperti berikut;-

Pengerusi  Jaiping Minsu, Timbalan Pengerusi  Robert Gampawi, Timbalan Pengerusi 2, Mohd Nur Hakim Jaidi,  Setiausaha Agong Johany Gampawi,  Bendahari  Asbin Kansirong,  Timbalan Bendahari   Rosanah Sawayan, dan enam ahli jawatan kuasa  dibarisi John Majumpa, Jimson Majimal, Lim Su Yin, Crispinah Sulisu,  Benjohn Simbaku ,  Jakius Mony, Luna Moon Bahanja, Dr.James Sigoh sementara penasihat  Faridah Raimin dan dua orang  penaung   dipilih Datuk Georgeh Sangkin dan Majamis @Hj. Jeffery Timbong.