KOLABORASI PINTAR: SMAG LAHIR RAMAI PEMIMPIN BERWIBAWA

Raikan kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme dikalangan pelajar; persembahan lagu2 koir SMAG Goshen

Oleh Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Kolaborasi  pintar diantara Persatuan  Ibubapa  dan Guru (PIBG) dan sekolah  mampu lonjakkan  akademik  dan prestasi sekolah sekaligus  melahirkan  insan yang berketrampilan serta mempunyai daya saing disamping mempunyai akhlak yang tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri  Tandek Datuk Anita Baranting berkata,   sekolah yang mempunyai hubungan erat dengan PIBG  pastinya  berjaya melahirkan pelajar cemerlang disamping  membawa banyak  keunggulan dalam  bidang  sukan,   seni,  nyanyian  dan  sahsiah pelajar.

Anita berkata, pada majlis  pasar ria Amal dan Talent  SMAG  2019  sebagai sebuah sekolah swasta Sekolah Menengah Advent Goshen  yang unggul  di daerah tersebut yang  turut melahirkan  ramai  dikalangan  pemimpin dan penjawat awam berkebolehan  di negeri ini.

Anita menerima cenderkenangan dari Dr. Rosy sambil diperhati Jane

Katanya, selain PIBG  alumni  sekolah dan  masyarakat setempat   turut memberikan sokongan di dalam pembangunan fizikal sekolah dengan menghulurkan derma dan bantuan bahan binaan namun  tidak memadahi.

 Anita kemudian  menjawab permohonan  pihak PIBG  agar   pembinaan prasarana sekolah terutamanya  bangunan  makmal sains dan membaik pulih bangunan perpustakaan sekolah  tersebut  pada tahun hadapan.

Pukuluan gong 3 kali menandakan rasminya majlis Pasar Ria Amal SMAG Goshen, kelihatan Pst. Jibil, Doris Dan AJK PIBG

Terdahulu pengerusi  penganjur Dr.Rosy Talin, berkata  sekolah  tersebut yang sudah  menemukakan permohonan berhubung dengan  perkara  tersebut dan mengharapkan  sedikit bantuan pihak kerajaan dalam  membaiki bilik perpustakaan disamping menyiapkan  taman rumah pokok  Rain Three yang menjadi symbol  kepada sekolah semenjak tahun 60an lagi.

Rosy yang juga bekas  sekolah tersebut mezahirkan terima kasih kepada para alumni kerana memberikan sokongan  serta kerjasama  baig menjayakan program tersebut dengan begitu Berjaya sekali sehingga ramai  kehadiran dan juga penglibatan masyarakat setempat tanda sokongan.

Anita (tengah) bersama Jibil (baju gekap) Rosy, Jane, Diris dan AJK lain mengabdi kenangan dihadapan taman herba..

Majlis yang turut dihadiri YDP PIBG Diris Gomong, Setiausaha Eksekutif SDA Mission Sabah Pastor Jibil Simba,  Pengetua Sekolah SMAG  Jane, Mantan Pegawai Kebajikan Sabah Tuan Mujin Durin dan AJK PIBG serta lebih dari 500 hadirin digemuruhkan dengan penampilan para penyanyi berbakat daripada  sekolah tersebut  disamping  koir hari merdeka dan kumpulan pemuzik bamboo serta jualan gerai-gerai makanan dan  pertandingan bola tampar, beyblade dan melukis.