APAM BUKAN SEKADAR PENYELAMAT

Adik Shafiie salah seorang pelajar yg diserang penyengat ketika bermain dekat taman bunga.

Oleh Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Tindakan  cepat anggota Jabatan Pertahanan Awam   hapuskan sarang lebah legakan  para pelajar .

Sebanyak  sembilan orang pelajar   sebuah tadika  dekat  sini   terpaksa   bercuti sehari  kerana demam disengat  penyengat , difahamkan para pelajar  berkenaan  disengat  ketika  bermain di taman  bunga yang dijadikan sarang oleh  penyengat  dikenali lebah pada Isnin lalu.

Ketua  pegawai pertahanan awam  daerah Kota Marudu Norajin Ismail   memaklumkan  kepada pihak media, pihaknya menerima pangilan  kira kira jam  8.25 pagi daripada salah seorang  guru  bertugas di  Tadika Khoi Ming  dan tiba  di lokasi  lima minit kemudian,  pada    kejadian   itu  seramai empat  orang kanak kanak  perampuan   telah  disengat   lebah  sehingga  ada  mangsa  yang menangis  meraung kesakitan.

Katanya,  pada kejadian itu  seramai empat orang anggota APM   bertugas   dan  Berjaya mencari sarang lebah berkenaan dan memusnahkanya.

“Tugasan APAM  terus beri khidmat kepada masyarakat tanpa mengira waktu dan juga jenis kes, selaras dengan tugasan yang diamanahkan  ahli nya  turut terlibat didalam kerja membasmi serangga berbisa, menangkap ular serta membantu sebagai penyelamat dan memberikan  perkhidmatan ambulance “katanya.

Sebelum itu  difahamkan oleh  guru kelas   Redinah Ismail   yang menghubungi APAM memberitahu  seramai lima  orang murid  di kelasnya  yang  disengat   lebah terpaksa  bercuti  sakit  sehari,    sehingga  ada  pelajar yang mengalami  lebam-leban dimuka, belakang badan,  tangan dan pipi . Pada  kejadian  tersebut tidak ada   pelajar mengalami   masalah serius  dan  rawatan   mereka  kembali ke sekolah.

Pada kejadian tersebut Anggota  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia   Daerah  Kota Marudu (Gambar) telah berjaya menemui dua koloni  sarang lebah di taman  bunga   dan  longkang,

Sementara itu  beberapa pelajar yang  disengat penyengat  mensifatkan peristiwa itu amat  perit dan menyakitkan, bagi  adik Syafiie berumur 6 tahun dia terpaksa makan ubat demam dimana pipi sebelah kirinya yang bengkak dan  bercuti sehari  sebelum kembali ke sekolah pada  esok harinya.