Pasukan Polis Marin Lahad Datu menemui 12 buah gelen berisi petrol yang ditanam di kawasan persisiran pantai di Kampung Sinakut, FELDA Sahabt semalam.
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin di sini menjumpai 12 buah gelen yang berisi petrol yang ditanam di kawasan persisiran pantai Kampung Sinakut, FELDA Sahabat semalam.
Bertindak atas maklumat orang Unit Risikan Marin (URM), sepasukan Polis Marin Lahad Datu yang menjalankan tugas rondaan di kawasan persisiran pantai tersebut dan telah membuat penemuan pada jam lebih kurang 6.00 petang, kata Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali.
“Semasa menjalankan tugas dengan berpandukan maklumat yang disalurkan oleh URM, sepasukan anggota Polis Marin Lahad Datu telah menjumpai kawasan yang mencurigakan dan menemukan sebanyak 12 buah gelen berwarna hijau yang ditanam di kawasan persisiran pantai tersebut,” kata Mohamad Pajeri.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kandungan di dalam gelen berwarna hijau tersebut mengandungi cecair jenis petrol yang disyaki akan diseludup ke negara jiran, kata Mohamad Pajeri.
Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM583.20 dan telah dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan dan siasatan lanjut, tambah beliau.
Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan, jika sabit kesalahan boleh didenda RM 1 juta bagi pesalah perseorangan dan penjara tiga tahun, katanya lagi.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK