PUSAT 3S PROTON BAHARU DIBUKA DI KOTA KINABALU

Dari kiri.. Dr Ho Tuck Sum, Pengurus Besar Perancagan Rangkaian & Pembangunan PROTON; Abd Said Ombok, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan; Lawrence Wong, Pengarah Urusan Harapan Maju Sdn Bhd; Ginger Phoong Jin Zhe, Menteri Belia & Sukan Sabah; Cheng Seng Fook, Pengarah Jualan & Pemasaran PROTON; Datuk Hj. Uda Sulai, pembantu Menteri Undang-Undang & Hal Ehwal Anak Negeri Sabah; Awang Husaini Sahari, Ahli Parlimen Putatan; Abdul Hamid Sallehuddin, Pengurus Jualan Wilayah Malaysia Timur PROTON memotong riben tanda simbolik perasmian Pusat 3S PROTON Kota Kinabalu, Sabah.

Harapan Maju Sdn Bhd menjadi sebahagian daripada pengedar PROTON

KOTA KINABALU: Harapan Maju Sdn Bhd (Harapan Maju) secara rasmi membuka pusat 3S PROTON baharu hari ini (kelmarin) .

Ini merupakan cawangan kedua dibuka di Kota Kinabalu yang mempamerkan identiti korporat baharu Syarikat.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Ginger Phoong Jin Zhe serta Cheng Seng Fook, Pengarah Pemasaran PROTON telah bersama-
sama merasmikan acara tersebut.

Cawangan baharu dengan kos sebanyak RM8 juta ini mempunyai keluasan sebesar 1686 meter persegi.

Ia terdiri daripada 12 ruang servis dan 6 servis pengangkat serta ruang parkir yang boleh menampung sehingga 50 buah kereta dalam satu masa.

Kemudahan lain yang turut ada pada cawangan ini termasuklah Wi-Fi percuma, ruang minuman, tempat mengecas komputer riba, ruang kanak-kanak serta bilik solat.

Proton X70 antara model terbaru yang dipamerkan sempena majlis perasmian Pusat 3S PROTON, Kota Kinabalu Sabah

Harapan Maju adalah pengedar baharu yang yakin akan potensi besar pada PROTON.

Berbeza dengan yang lain, Harapan Maju diketuai oleh barisan wanita.

Mereka terlibat dalam operasi harian perniagaan seperti memantau aktiviti jualan, servis dan pemasaran.

“Kami mengambil peluang menjadi pengedar PROTON adalah kerana kepercayaan kami terhadap jenama itu.

Kini, PROTON menunjukkan pencapaian yang baik di dalam pasaran.

Orang ramai mula tertarik terutamanya dengan model-model baharu
yang mengujakan.

Ciri-ciri teknologi termaju serta harga yang kompetitif turut menjadi faktor yang menarik perhatian orang
ramai,” kata Jovinia Wong Kyau Yun, Pengarah Harapan Maju Sdn Bhd.

“Kami gembira kerana ramai berminat untuk menjadi pengedar PROTON.

Sebenarnya apabila mereka berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada jenama kami sudah membuktikan masa depan Syarikat yang cerah,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Bangunan Pusat 3S PROTON Kota Kinabalu, Sabah

Sehingga kini, jualan PROTON di Malaysia Timur meningkat sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Manakala di Sabah pula, terdapat kenaikan sebanyak 32 peratus.

Pusat 3S PROTON Kota Kinabalu terletak di Putatan, kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu.