MERIAH – – – Sambutan ulang tahun ke 98 SJKC Khoi Mingbaru-baru ini
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Tidak dinafikan Peranan sekolah Jenis Kebangsaan SJKC termasuklah SJKC Khoi Ming di sini yang meraihkan ulang tahunnya yang ke-98 dalam mendidik dan melahirkan masyarakat berilmu serta berkebolehan terutamanya kepada masyarakat Cina di Negara ini ternyata sangat berbaloi dan memberansangkan ytermasuk menjadi sekolah model.

Pengerusi Lembaga Sekolah SJKC Khoi Ming James Voon berkata, kejayaan sekolah tersebut didokong oleh para pemimpin masyarakat terdahulu yang menjadikannya sebuah sekolah paling terawal diwujudkan di daerah ini dan merupakan gedung ilmuan yang telah melahirkan ramai pemimpin dan usahawan dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan masyarakat sezamannya.
Katanya, sejarah lampau menyaksikan sekolah ini dibina atas inisiatif beberapa orang pendatang Tiong Hua ( Hakka) dari Kudat pada awal tahun 1927. Semasa perang dunia ke-II sekolah terpaksa ditutup sementara dan hanya dbuka semula zetelah tamat perang dunia dunia ke-II.
Bangunan sekolah pada masa itu hanya beratapkan rumbia dan papan sementara bilangan muridnya pula sangat sedikit.

Namun setelah pembentukan Malaysia pada 1963 bangunan sekolah telah diperbaiki dan jumlah murid juga bertambah. Maka setelah 98 tahun berlalu kini sekolah SJKC Khoi Ming boleh menarik nafas lega dengan jumlah murid hampir 700 orang disamping mempunyai bangunan yang diperbuat daripada konkrit serta disediakan dengan dewan dan rumah guru-guru dan guru besar.
“Sekolah ini turut menjadi pilihan utama kepada ramai dikalangan kaum bukan Tiong Hua, walaupun ianya berupa zebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) tetapi menjadi pilihan lebih 70 peratus pelajarnya yang terdiri daeripada bumiputera dan boleh dijadikan sebagai contoh dimana hadirnya persefahaman kaum yang erat,” katanya.
Turut hadi dalam acara itu ialah beberapa alumni sekolah, YDP PIBG Malai Sharuddin, bendahari Mr. Shia yang turut diraihkan oleh serama 650 orang murid.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara