Program ZIARAH CAKNA berkunjung ke Kg. Sonsogon dan sempat menghukurkan sedikit bantaun kepada keluarga yang memerlukan
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mahu memastikan agar tidak ada lagi anak-anak warga tempatan yang tercicir dari arus Pembelajaran Nasional.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd. Zaini Yanin berkata, fokus program tersebut adalah meninjau dan mengenal pasti isu keciciran murid secara dekat dan keperluan fizikal sekolah dan juga kekurangan guru di setiap sekolah di seluruh negeri.
Katanya, Ziara Cakna bertujuan melawat pelajar yang bermasalah keciciran dan membantu mengatasi masalah keluarga pelajar yang ponteng, dimana sebelum itu program seumpama itu telah dibuat di daerah pendalaman Ranau, Nabawan demi masa hadapan anak-anak tempatan supaya dapat tidak ketingglan.
Katanya, daripada dua program dijalankan iaitu dialog professional bersama Pengarah JPN dan program Ziarah CAKNA dikalangan guru-guru besar dan pengetua-pengetua, YDP PIBG, PK HEM serta lawatan rombongan ke empat buah sekolah di daerah Kota Marudu mendapati bahawa pejabat PPD di Kota Marudu berada di landasan yang betul bagi meningkatkan system akedamik.
Dalam pada itu Zaini yang mewakili Pengarah JPS Dr. Mistirine Radin berkata, walaupun masih banyak sekolah di negeri ini masih di dalam penggubalan kearah pencapaian TS-25 namun pada asasnya kebanyakan sekolah terutamanya dikawasan luar bandar hampir pasti boleh menjayakan program meningkatkan keupayaan untuk melahirkan lebih ramai kalangan pelajar yang berwibawa, maju dan mampu mencapai kecermelangan di dalam bidang akademik dan kokurikulum.
“Ini adalah satu misi menyeluruh dan cabaran kepada semua pihak warga pendidik, kakitangan JPS dan juga pelajar dimana TS-25 akan menyediakan pelajar berketrampilan dalam menghadapi, berinovasi pada Negara Maju pada tahun 2030” katanya.
Berhubung dengan bajet Negara yang dibentangkan Menteri Kewangan Dr. Lim Guan Eng tahun 2020, beliau berharap peruntukan yang di berikan kepada KPM yang terbesar akan membawa banyak perubahan terutama pembaikan lebih 586 buah sekolah daif dan membina bangunan sekolah baharu,” katanya..

Program dialog antara Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah bersama warga pendidikan daerah Kota Marudu turut mengadakan dialog bersama PGB, PK HEM dan PIBG serta PPD di SK Samparita kira kira 25 kilometer dari pekan dan pada hari terakhir rombongan tersebut akan melawat ke SK Magandai iaitu kira-kira 48 kilometer sekolah paling terpencil dalam daerah tersebut.
Dalam pada itu program siri lawatan ‘Ziarah Kasih’ turut melawat dua buah keluarga pelajar kurang berkemampuan di kampung Teritipan dan juga di kampung Sonsogon Paliu, serta mendengar taklimat Kewangan Daerah PPD oleh Datu Akdan Basran.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara