Perkhidmatan doktor udara dialu-alukan

Sazalye (kiri) sedang menyaksikan permainan gasing

Oleh Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Perkhidmatan Doktor  Udara  amat dialu-alukan penduduk luar Bandar.

Cadangan  oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Shafie Haji Apdal agar perkhidmatan Doktor Udara akan diwujudkan semula demi memenuhi keperluan penduduk  terutamanya dikawasan terpencil di negeri ini amat dialu-alukan oleh penduduk khasnya di daerah  Kota Marudu.

Ketua Cabang Parti PKR  Kota Marudu Sazaly Donol Abdullah berkata,  sekiranya  perkhidmatan Doktor Udara dapat disambung semula tentulah kami amat mengalu-alukan memandangkan terdapat rungutan dan permintaan dikalangan para  penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman yang sukar dihubungi dengan jalan darat.

Minggu lalu Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Haji Apdal dipetik dari sebuah akhbar tempatan (NST)  menyarankan agar perkhidmatan Doktor Udara  Kesihatan Negeri Sabah ( KKNS)  akan disambung semula  berikutan  perkhidmatan Doktor Udara  yang ditamatkan pada pertengahan tahun lalu, kerana perkhidmatan Doktor Udara  amat strategik dan mampu merawat pesakit dengan pantas dan boleh sampai ke destinasi  ke seluruh negeri dengan segera.

Katanya para pesakit, ibu-ibu mengandung, serta  pesakit yang mempunyai  temu janji  hendak ke hospital berdekatan   atau berjumpa  dengan doktor pakar di hospital Kota Marudu atau ke Queen Elizabeth Hospital Kota Kinabalu tidak dapat hadir  kerana kekurangan  perbelanjaan.

“Ramai dikalangan penduduk  terutamanya para pesakit dan orang tua  tidak dapat  pergi ke hospital kerana  jauh dari lokasi serta tidak mampu untuk membayar tambang atau sewa kereta yang mahal   disamping  keadaan jalan raya yang kurang baik, lebih lebih lagi pada bulan November-Febuari  iaitu musim tengkujuh.

Sazalye berkata demikian kepada wakil media setelah merasmikan pertandingan gasing  tradisional anjuran  biro sukan  PKR Cabang Kota Marudu pada Ahad lalu yang diadakan di astaka terbuka pekan Kota Marudu.

Sazalye (lima dari kiri) bersama AJK pengajur pertandingan

Berkenaan sukan tersebut, Sazalye berharap agar sukan tradisional gasing dapat dipopularkan  semula  terutamanya kepada  belia yang  kurang mengenali permainan sukan rakyat yang mana pada suatu ketika dahulu sangat popular dikalangan remaja termasuklah beliau sendiri.

Sazaly yang juga ahli Lembaga Taman-Taman Sabah berharap agar penganjuran sukan tersebut  pada tahun hadapan  akan mendapat sambutan yang lebih luas dengan melibatkan daerah lain sambal mengucapan tahniah kepada biro sukan PKR atas kejayaan menganjurkan acara tersebut.

Sementara itu  peserta dari Kudat Rangga Rahim menyapu bersih dua   kategori iaitu  gasing tercantik dan juga  gasing berputar paling lama (Gurau).