Sazalye (kiri) sedang menyaksikan permainan gasing
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Perkhidmatan Doktor Udara amat dialu-alukan penduduk luar Bandar.
Cadangan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Shafie Haji Apdal agar perkhidmatan Doktor Udara akan diwujudkan semula demi memenuhi keperluan penduduk terutamanya dikawasan terpencil di negeri ini amat dialu-alukan oleh penduduk khasnya di daerah Kota Marudu.
Ketua Cabang Parti PKR Kota Marudu Sazaly Donol Abdullah berkata, sekiranya perkhidmatan Doktor Udara dapat disambung semula tentulah kami amat mengalu-alukan memandangkan terdapat rungutan dan permintaan dikalangan para penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman yang sukar dihubungi dengan jalan darat.
Minggu lalu Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Haji Apdal dipetik dari sebuah akhbar tempatan (NST) menyarankan agar perkhidmatan Doktor Udara Kesihatan Negeri Sabah ( KKNS) akan disambung semula berikutan perkhidmatan Doktor Udara yang ditamatkan pada pertengahan tahun lalu, kerana perkhidmatan Doktor Udara amat strategik dan mampu merawat pesakit dengan pantas dan boleh sampai ke destinasi ke seluruh negeri dengan segera.
Katanya para pesakit, ibu-ibu mengandung, serta pesakit yang mempunyai temu janji hendak ke hospital berdekatan atau berjumpa dengan doktor pakar di hospital Kota Marudu atau ke Queen Elizabeth Hospital Kota Kinabalu tidak dapat hadir kerana kekurangan perbelanjaan.
“Ramai dikalangan penduduk terutamanya para pesakit dan orang tua tidak dapat pergi ke hospital kerana jauh dari lokasi serta tidak mampu untuk membayar tambang atau sewa kereta yang mahal disamping keadaan jalan raya yang kurang baik, lebih lebih lagi pada bulan November-Febuari iaitu musim tengkujuh.
Sazalye berkata demikian kepada wakil media setelah merasmikan pertandingan gasing tradisional anjuran biro sukan PKR Cabang Kota Marudu pada Ahad lalu yang diadakan di astaka terbuka pekan Kota Marudu.

Berkenaan sukan tersebut, Sazalye berharap agar sukan tradisional gasing dapat dipopularkan semula terutamanya kepada belia yang kurang mengenali permainan sukan rakyat yang mana pada suatu ketika dahulu sangat popular dikalangan remaja termasuklah beliau sendiri.
Sazaly yang juga ahli Lembaga Taman-Taman Sabah berharap agar penganjuran sukan tersebut pada tahun hadapan akan mendapat sambutan yang lebih luas dengan melibatkan daerah lain sambal mengucapan tahniah kepada biro sukan PKR atas kejayaan menganjurkan acara tersebut.
Sementara itu peserta dari Kudat Rangga Rahim menyapu bersih dua kategori iaitu gasing tercantik dan juga gasing berputar paling lama (Gurau).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ