Bangunan FCS; HOB Daerah Tenom Dirasmikan

Acara memotong riben untuk perasmian bangunan oleh Datuk Mashor Mohd Jaini, Ketua Konservator Hutan bersama Jawawi Haji Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri N.36 Kemabong diiringi Timbalan Ketua Konservator (Perancangan & Pengurusan) dan tetamu serta pegawai lain

TENOM: Perasmian Bangunan Forest Checking Station (FCS), Heart of Borneo (HOB) Daerah Tenom. Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Mashor Mohd Jaini, Ketua Konservator Hutan pada 22 Oktober 2019 di Bangunan FCS.

Bangunan FCS, ini telah dibina dalam tahun 2017 dibiayai melalui peruntukan Heart of Borneo (HOB), dimana (HOB) merupakan suatu inisiatif pemuliharaan Biodiversiti yang merupakan isu utama pengurusan hutan sama ada di peringkat Kebangsaan mahupun peringkat Antarabangsa. Inisiatif HOB ini melibatkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei yang telah bermula semenjak tahun 2007 lagi dan berterusan sehingga ke hari ini.

Menerusi Inisiatif HoB ini, Jabatan Perhutanan telah menerima bantuan kewangan untuk berbagai aktiviti seperti kesederan awam (Awareness), percetakan bahan-bahan pameran dan menaik taraf stesen-stesen pemeriksaan atau infrastruktur di peringkat Daerah-daerah perhutanan.

Projek ini merupakan salah satu perancangan dalam AWP (Rancangan Kerja Tahunan) 2017, di bawah Projek Pengurusan Hutan, Gunung Lumaku dimana Pelan Pengurusan keatas Hutan Simpan Lumaku telah disediakan bermula 2016 sehingga 2025 iaitu dalam tempoh 10 tahun.

Datuk Mashor Mohd Jaini, Ketua Konservator Hutan, Frederick Kugan Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan Sektor Hutan) bersama dengan pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Sabah.

Pelan kerja tahunan AWP tahun 2019 ini merupakan siri ketiga daripada empat (4) pelan kerja yang disediakan untuk Pengurusan Hutan Mampan Hutan Simpan Gunung Lumaku.

AWP ini menggabungkan aktiviti-aktiviti lapangan sebagaimana yang ditetapkan dalam outcome dan tindakan (2016 hingga 2017) dalam CMP pelan Pengurusan Pemuliharaan Hutan yang akan meliputi perkara-perkara ini iaitu Mengukuhkan Perlindungan Sumber, Memelihara Kepelbagaian Biologi, Meningkatkan Pemulihan Biodiversiti dan Penglibatan Masyarakat setempat.

Pengurusan Projek Hutan Lumaku ini melibatkan 2 Hutan Simpan iaitu hutan Simpan Gunung Lumaku (5,180 ha) dan Hutan Simpan Gunong Lumaku (6,665 ha) dengan jumlah keluasan keseluruhan lebih kurang 11,845 hektar.

Dalam pentadbiran daerah lebih kurang 1,056 ha daripada 6,665 ha bagi HS Gunong Lumaku dalam daerah Pentadbiran Beaufort. Tahun 2019 merupakan tahun ke-empat kepada perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang sesuai dengan pelan pengurusan Gn Lumaku.

Salah satu impak kepada projek ini dibawah strategi Sistem Pengukuhan Kawasan Perlindungan iaitu kawasan-kawasan berpotensi dijadikan sebagai kawasan perlindungan Hutan sebagai kesimbungan kawasan Projek Banjaran Kroker, setakat ini lebih kurang 1,101 hektar telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan Kekal, seperti HS Sg Rayoh, 548 ha dan Hutan Simpan Gunung Lumaku Extension 481 ha dan HS Ulu Kalang 72 ha.

Pengenalpastian konflik tanah juga merupakan salah satu komponen dalam projek ini bagi menangani konflik terutamanya pencerobahan tanah dan ladang dalam hutan.

Selain itu, masyarakat yang tinggal berhampiran dengan Hutan Simpan ini juga mendapat faedah kerana Hutan Simpan Gunung Lumaku ini menyediakan tadahan air untuk Daerah Tenom, Sipitang dan Beaufort disamping menjadi sumber bekalan air kepada penduduk-penduduk yang menggunakan air dari paip graviti .

Atas sikap prihatin YBHG Datuk Mashor Mohd Jaini, Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah selaras dengan slogan kerajaan semasa perkhidmatan berorentasikan rakyat, telah mengecualikan bayaran OP bagi peyambungan paip-paip graviti masyarakat kampung ke kawasan projek atau Hutan Simpan ini.

Kawasan projek ini juga dilihat, masih mempunyai banyak sumber-sumber yang berpotensi untuk dimajukan pada masa hadapan terutamanya aktiviti Eko-pelancongan iaitu Kg Sungai Api (Sg Managoton), Kg. Bamban (Sg Kabangit) dan juga berhampiran bangunan FCS ini terdapat air terjun (Sg Kainsian).

Dalam ucaptama yang disampaikan oleh Datuk Mashor Mohd Jaini, Ketua Konservator Hutan, beliau berkata kepada pihak stakeholders dan komuniti yang tinggal berhampiran kawasan Hutan Simpan Gunung Lumaku ini, sokongan, bantuan dan kerjasama aktif dari mereka akan dapat memudahkan lagi usaha-usaha pengurusan dari pihak Jabatan Perhutanan Sabah khususnya Pejabat Perhutanan Daerah Tenom.

Beliau juga berkata kejayaan mutlak usaha-usaha bersepadu dari seluruh lapisan masyarakat di Negeri ini bagi menjayakan Program Pengurusan Hutan Mampan, jelas masih jauh dan berliku, walaupun begitu andai kita bersedia untuk menyahut slogan ‘Learn To Love Our Forest’, landasan untuk kerjasama sudah tersedia dan terbuka untuk kita semua seluruh warga Negeri Sabah yang tercinta memuktamatkannya. Atas kesepakatan bersama saya yakin “Sustainable Forest Management Today and Forever” akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.