Madius (tengah) diapit sebelah kanan Rakam Sijim dan sebelah kiri George Teo, YDP PIBG SJK SJK ( C ) Chung Hwa Tamparuli
TAMPARULI: Kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan harus bermula dari awal, khususnya di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
Kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau merangkap Menteri Perusahaan dan Perindustrian Sabah semasa merasmikan Hari Kanak-kanak SJK (C ) Chung Hwa Tamparuli di Pekan Tamparuli hari ini.

Menurut beliau, guru-guru dan ibubapa harus mendidik anak-anak supaya mempunyai disiplin yang tinggi tentang menjaga kebersihan, dengan adanya disiplin dan pemahaman tinggi tentang pentingnya menjaga kebersihan khasnya bermula dengan tidak membuang sampah di merata tempat, ia sekali gus akan menjamin faktor kebersihan lain seperti kebersihan di rumah, sekolah, tempat awam malah alam sekitar.
“Kita mahu rakyat tahu bahawa kita benci kutu-kutu sampah yang membuang sampah merata tempat, dengan adanya disiplin menjaga kebersihan yang kuat di kalangan kanak-kanak, mereka boleh membantu menegur kutu-kutu sampah supaya tidak membuang sampah di merata tempat sekali gus membantu mendisiplinkan kutu-kutu sampah, kempen anti kutu sampah boleh bermula dari kanak-kanak di sekolah” kata beliau.

Dalam majlis tersebut, Madius juga memuji keputusan kerajaan negeri yang telah bersetuju mengiktiraf Sijil Perperiksaan Bersepadu ( UEC ) sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam ( IPTA ) dan sektor perkidmatan awam negeri.
Ini sudah pasti memberi kelegaan kepada ibu-bapa yang inginkan anak-anak mereka mengambil perperiksaan tersebut. Ini juga membuktikan kerajaan sekarang di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal amat prihatin dengan kehendak masyarakat Tiong Hua negeri ini. Sabah merupakan negeri kedua selepas Sarawak yang telah mengiktiraf UEC, kata beliau.
Selain dari merasmikan majlis tersebut, Madius juga mengagih-agihkan angpow dan hadiah kepada beberapa warga emas Pekan Tamparuli.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ