Pengusaha Madu Lebah Gumbizau Mengeluh JRaya Belum Dibaiki

Johning; Pengusaha Madu Lebah yang perlukan tempat memproses lebih selesa

Oleh Aissac Bjsim

MATUNGGONG: Kerosakkan jalan raya yang teruk menuju ke kampung Gombizau  merupakan  antara penyebab kehadiran pelancong melawat ke kawasan perkampungan yang terkenal dengan  eco pelancongan berasaskan perusahaan lebah madu semakin berkurang.

Penduduk kampung Gombizau Matunggong yang  ditemui wakil media rata-rata menyatakan kekesalan dan mohon simpati kepada pihak kerajaan supaya dapat berbuat sesuatu bagi menaik taraf jalan raya dari simpang jalan utama  sejauh  kira-kira 1 kilometer.

Pengerusi  Pelancongan  Penternakan Lebah Madu (GomBeeZau) Johning Dako (Gambar)  berkata, pihaknya telah membuat pelbagai cara bagi menarik perhatian di pejabat daerah, JKR maupun  jabatan yang berkaitan namun belum mendapat apa-apa khabar yang menggembirakan terutama bagi membaiki atau menaik taraf jalan raya yang  semakin rosak lebih-lebih lagi pada musim hujan.

“Gombizau Honey Bee GHB & Stingless Bees (GomBeeZau) terletak hanya 1.5 kilometer dari pekan Matunggong  merupakan antara destinasi yang disenaraikan di dalam  kalendar Tahun Melawat Malaysia  2020 oleh  Perbadanan Pelancongan Malaysia jadi adalah wajar jika sekiranya  jalan utama dapat diberikan keutamaan oleh pihak berkuasa” katanya.

Selain itu katanya, pihaknya perlukan sebuah bangunan bagi memproses lebah madu, ini kerana sebelum ini cara memproses dibuat di rumah secara tradisional dan menyebabkan perusahaan kami  dapat mendapat restu dari pihak tertentu, maka adalah wajar satu bangunan khas dapat dibina.

Sementara itu bakal MPKK kampung Gombizau Rafail Magawan berkata, semenjak kerosakkan  jalan raya  beberapa tahun lalu banyak agen pelancongan  terpaksa  membatalkan atau mengalihkan para pelancong  ke tempat lain disebabkan jalan raya sukar dilalui oleh bas-bas pelancong selain tidak ada cukup ruang bagi meletakkan  bas mereka.

“Jadi kami berharap agar pihak berkuasa agar dapat membantu kami dalam kes ini memandangkan sudah  pelbagai surat dan rayuan sudah diajukan ke pihak berkenaan namun sehingga kini belum ada jawapan” katanya.

Antara aktiviti yang  menarik yang perlu disertai terdapat dikawasan ladang lebah, pelawat boleh melihat dan melawat serta mengenali sendiri lebih dekat tentang sarang madu, membuat kraf manik, melihat kipas angin ( Linazang dalam bahasa Rungus) bagi pakej pelawat hanya  perlu membayar RM3.00  dewasa dan RM2.00 kanak-kanak dan RM5.00 bagi pelancong asing.

Komuniti kampung Gombizau yang dibuka semenjak  tahun 1995  merupakan penoreh getah dan  pendapatan  mereka tidak memadahi, kini   disertai  21 keluarga penternak    masing masing mempunyai sarang lebah dipelihara dikawasan kira-kira satu ekar, selain itu gerai pameran/jualan, gerai manik dan tandas turut disediakan bagi menyambut para pengunjung.

Johning dengan sarang lebah Kelulut (tantadan)

Dalam pada itu, Jonning Dako yang dibantu isterinya  Emy Sukukan serta ahli keluarganya membuka satu lagi ladang bagi menempatkan  60  log madu kelulut (Stingless Bees) seluas satu ekar bersebelahan dengan  ladang komuniti kampung.

Menurut Johning idea tercetus apabila banyak permintaan diterima daripada pengunjung terutamanya daripada para pelajar dan guru, kini diladang dibuka pada 14.08.2019 lalu dan terdapat dua jenis lebah kelulut yang dikenali sebagai ‘Black Borneo’ dan juga ‘Tervenet’ Lebah kelulut jenis Black Borneo merupakan jenis lebah yang agak besar dan pemalu.

Katanya, buat perancangan masa hadapan beliau bercadang akan menanam  lebih banyak jenis bunga  dan bunga orkid sebagai makanan lebah kelulut selain  membuat kolam  mini dan menanam buah-buahan serta mendirikan pondok..

Gombizau Honey Bee GHB & Stingless Bees (GomBeeZau) boleh dilayari melalui Facebook Gombizau honey Bee  and  Kelulut Bees (GomBeeZau) atau telefon 019-5301885.

 Atau  https//www.sabahtourism.com/destination/gombizau-hony-bee-farm