Shafie (tengah) dan Dr. Mohammed Azman (2 dari kiri) diberi taklimat mengenai program Karnival Pekerjaan EIS PEERKESO Negeri Sabah 2019, di Suria Sabah shopping mall.
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Peranan PERKESO dalam memberi perlindungan keselamatan sosial kini semakin besar, lebih signifikan dan kian mencabar kerana skim-skim keselamatan sosial PERKESO kini merangkumi lebih banyak golongan sasaran.
Ketua Eksekutif PERKESO Dato’ Seri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed berkata, setelah 46 tahun mentadbir Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang meyediakan Skim Bencana Kerja dan Skim Keilatan, pada tahun 2017 dua lagi Akta baru diperkenalkan iaitu Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) untuk pelindungan golongan yang bekerja sendiri dan Akta 800 bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.
Katanya, pada Januari tahun ini, pekerja asing dan ekspatriat di Malaysia kecuali perkhidmat rumahtangga diletakkan di bawah perlindungan PERKESO.

“Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa PERKESO akan menyediakan perlindungan sosial keselamatan kepada suri rumah, sementara Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO akan diperluaskan kepada 18 sektor tidak formal,” katanya.
Beliau berkata demikin pada majlis perasmian Karnival Pekerjaan EIS PEERKESO Negeri Sabah 2019, disempurnkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal, bertempat di Suria Sabah shopping mall, kelmarin.
Turut hadir Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO Dato’ Mohd Sahar Darusman.
Kamival Pekerjaan ElS PERKESO 2019 Negeri Sabah diadakan sebagai kesinambungan usaha PERKESO dalam membantu pencarumnya di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang kehilangan pekerjaan dan golongan pencari kerja bagi mendapatkan peluang pekerjaan.
Dr. Mohammed Azman berkata, sehingga bulan September tahun ini, seramai 6.5 juta pekerja dan 400,413 majikan telah berdaftar dan mencarum dengan PERKESO.
Katanya, dalam pelaksanaan ketiga-tiga Akta, tahun ini sehingga bulan September, PERKESO telah membelanjakan sejumlah RM 3.02 bilion untuk pembayaran faedah kepada penerima faedah PERKESO dan tanggungan mereka.
Daripada jumlah itu, katanya sebanyak RM16.92 juta telah dibelanjakan untuk penerima pelbagai faedah PERKESO di Sabah.

Sementara pembayaran faedah SIP bagi seluruh Malaysia sepanjang tahun ini sehingga September adalah RM71.38 juta dan untuk Sabah sahaja, RM2.94 juta.
“Kami bersyukur kerana dalam menjalankan tanggungjawab dan mandat yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, PERKESO mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Negeri termasuk Negeri Sabah.
Kita semua tahu bahawa ketua menteri yang sering bergaul dengan rakyat, adalah seorang pemimpin yang peka akan keperluan rakyat, mengambil berat masalah yang dihadap rakyat dan mengutamakan kebajikan semua penduduk Negeri Sabah,” katanya.
“Sesungguhnya, sokongan Shafie terhadap inisiatif PERKESO akan mengukuhkan lagi keyakinan rakyat akan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap mereka termasuk golongan pekerja yang ditimpa musibah seperti kemalangan, penyakit dan juga kehilangan pekerjaan,” katanya lagi.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ