Anita menerima cendera kenangan daripada penganjur
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Mukim Marak Parak terima pelbagai kemudahan daripada pihak kerajaan dalam membiayai pelbagai bentuk kemudahan asas bagi membantu keperluan serta menaiktarafkan kemudahan awam.
Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Tandek Datuk Anita Baranting berkata, pada tahun ini sahaja pejabat ADUN menerima sejumlah besar peruntukan daripada pihak Kerajaan Negeri dibawah peruntukan DUN yang melebihi RM1 Juta dalam melaksanakan pelbagai bentuk projek kecil-kecilan dalam memenuhi tuntutan dan keperluan asas penduduk.
Dalam pada itu Anita berkata, Mukim Marak Parak sahaja tidak ketinggalan menerima sebahagian peruntukan ADUN ini termasuk membina dan membaiki gereja, dewan, tandas jalan-jalan kampung, jambatan gantung dan sebagainya.
Anita berkata demikian pada majlis penutupan Karnival Sukan peringkat daerah kependetaan gereja SDA Marak Parak pada Isnin minggu lalu. Beliau seterusnya meluluskan peruntukan bagi penambahbaikan dewan dan tandas di kampung Pangapuyan Baru sebanyak RM20,000.
Sehubungan dengan karnival sukan daerah Marak Parak itu, Anita seterusnya mengumumkan RM1,000.00 peruntukan bagi setiap tahun untuk membiayai acara yang akan diadakan pada setiap tahun yang turut mendapat penyertaan daripada golongan belia, warga emas dan OKU. Anatara sukan yang dianjurkan pada acara ini ialah bolasepak termasuk futsal, bola tampar serta sukaneka bagi kanak-kanak.
“Aktiviti sukan perlu disemai kepada semua golongan baik warga emas , wanita dan kanak-kanak, budaya bersukan perlu diterapkan bagi menggalakkan orang ramai untuk bersukan agar tubuh badan akan menjadi sihat” kata Anita ketika menyampaikan ucapannya.
“Aktiviti bersukan juga dapat mengelakkan daripada pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, lemah jantung, kencing manis serta strok yang menjadi pembunuh no.1 di Negara ini” katanya.
“Kesungguhan ajk penganjur perlu dipuji kerana walaupun hadiah-hadiah hanya berupa mee segera namun semua komuniti masyarakat disini tidak kira umur, jantina sama-sama memeriahkan acara-acara yang telah disediakan pihak penganjur,” katanya lagi.
Karnival Sukan tersebut turut dihadiri pastor daerah Marak Parak Pastor Juri Romondok, Pengerusi MPKK kampung Pangapunyan Baru Alexrey Danie, MPKK Serinsim Sani Suin, Elder SDA Bambangan Gidion Rambangan serta kira-kira 150 orang hadirin.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ