Rakam Sijim (bertopi putih) bersama para pemenang larian dan cabutan bertuah.
Oleh: Nio James
TUARAN: Sabah Agro Run 2019 “Go Green Go Health” merupakan salah satu kaedah untuk mendekatkan kembali masyarakat dengan akriviti pertanian.
Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Rakam Sijim berkata, larian itu adalah selari dengan hasrat kementeria yang giat mempromosi kempen “Go Green Go Healthy” di kalangan masyarakat.
“Ini kerana kerajaan sendiri berhasrat supaya Sabah boleh menjadi gedung utama makanan negara, maka kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap pertanian perlu diterapkan kembali di kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan edisi pertama Sabah Agro Run 2019 “Go Green Go Health” di Padang Pekan Tuaran baru-baru ini.
Larian yang dibahagikan kepada dua kategori, 5km dan 10km untuk lelaki dan wanita telah disertai oleh lebih 500 orang peserta yang datang dari pelbagai daerah di Sabah.
Malah terdapat seorang peserta berkerusi roda yang berjaya menamatkan jarak 10km serta peserta kanak-kanak paling muda berusia 4 tahun yang melengkapkan jarak 5km.

Rakam yang mewakili Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong, turut menyampaikan hadiah kepada pemenang serta cabutan bertuah dimana cabutan utama merupakan seekor kambing bagi setiap pemenang untuk dua peserta yang bertuah.
Sementara hadiah iringan kepada pemenang merupakan anak benih pokok seperti pokok nangka, rambutan dan mangga.
Juara kategori lelaki 5km dimenangi oleh Romeo Gamboh sementara kategori wanita 5km dimenangi oleh Dr. Madeline See.
Manakala bagi kategori lelaki 10km dimenangi oleh Raymond Yew dan kategori wanita 10km dijuarai oleh Kona Liau.
Larian ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah serta Pejabat Parlimen Tuaran.
Beberapa syarikat swasta seperti Nestle Berhad, Adabi Consumer Sdn Bhd serta Asia Agri Biosystems Sdn Bhd juga turut terlibat dari segi tajaan.
“Kita akan berusaha memberi sokongan berterusan terhadap program seumpama ini supaya ianya akan dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang,” kata Rakam.
More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee