Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Hj. Apdal (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas daripada Datuk Seri Panglima Hashim Paijan kepada Datuk Safar Hj. Untong
KOTA KINABALU: Pengarah Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Safar Haji Untong dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.
Beliau menggantikan Datuk Seri Panglima Hashim Paijan yang telah bersara wajib pada 2 November lepas.
Perlantikan Datuk Safar diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal pada Rabu.

Penyerahan watikah pelantikan beliau dibuat semasa mesyuarat pasca Kabinet diikuti dengan Majlis Serah Terima Tugas daripada Datuk Seri Panglima Hashim Paijan kepada Datuk Safar Haji Untong.
Shafie berkata, Datuk Safar akan menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri bermula 4 November 2019.
Beliau menyertai perkhidmatan awam pada Oktober 1987 sebagai Juruujur Daerah A18.
Pernah menjawat pelbagai jawatan dalam Jabatan Tanah dan Ukur Sabah termasuklah Pegawai Juruukur Daerah, Bahagian Pantai Barat Selatan, Juruukur Daerah, Bahagian Pantai Barat Utara, Penolong Pemungut Hasil Tanah, Sandakan, Penguasa Tanah dan Ukur (Ibu Pejabat), Ketua Penolong Pengarah (Ukur), Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur.
Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri ialah Pengarah Tanah dan Ukur.
Shafie berkata, atas pengalaman luas beliau di dalam perkhidmatan awam negeri Sabah, Kerajaan Sabah bersetuju untuk melantik beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu,
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Safar diatas perlantikan tersebut.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ