Ketua Bahagian Rakam Sijim (bertopi) bersama Timbalan Ketua Bahagian Michael Angkui dan Ketua Wirawati Jo-Anna Rampas melawat tempat kejadian
TUARAN: Kebakaran sebuah rumah milik Julian Sibeh di Kampung Melisau Tenghilan, Tuaran pada pagi semalam telah mendapat perhatian dan kunjungan daripada Parti Warisan Sabah Bahagian Tuaran.
Tragedi tersebut telah mengorbankan seorang cucu lelaki Julian yang berusia empat tahun serta turut mencederakan dua orang penghuni rumah itu.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Bahagian Tuaran merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Rakam Sijim, bersama pimpinan sayap dan jawatankuasa bahagian yang turut menyampaikan bantuan segera kepada mangsa.

“Bantuan ini adalah untuk meringankan beban mangsa. Paling penting, kehadiran kami adalah untuk bersama-sama dalam mendepani detik sukar buat keluarga mangsa,” kata Rakam semasa ditemui di sini.
Rakam turut melahirkan rasa simpati dan berhasrat untuk membantu meringankan beban mangsa dengan koordinasi agensi kerajaan setempat.
Selain beliau, turut hadir bersama-sama menyantuni mangsa ialah Timbalan Ketua Bahagian, Michael Angkui bersama Ketua Wanita, Mary Galanson dan Ketua Wirawati Parti Warisan Bahagian Tuaran, Jo-Anna Sue Henley Rampas.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ