TAWAU : Warga Indonesia di Sabah, khususnya yang berada di pantai timur negeri, di pelawa untuk memeriahkan Festival ‘Wonderful Indonesia’ 2019 di Dewan Masyarakat Tawau di sini pada 15-17 Nov ini.
Pelaksana Fungsi Ekonomi di Konsulat Indonesia Tawau Septania Rubi Prameswari berkata, festival itu bertujuan meningkatkan hubungan dan kerjasama Indonesia-Malaysia dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.
“Kami harapkan melalui festival ini dapat meningkatkan hubungan persahabatan dua negara, khususnya daerah yang berada di perbatasan Indonesia dan Malaysia yang telah terjalin sekian lama,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.
Septania Rubi berkata pelbagai aktiviti diatur pada festival itu, antaranya pameran produk Indonesia, pelancongan, rancangan bual bicara, rangkaian perniagaan, pertandingan menyanyi dan tarian, di samping persembahan artis dari Indonesia.
“Pada Festival tahun ini, kami menampilkan 35 peniaga dari Provinsi Jawa Timur, Kabupaten Nunukan dan Kota Tarakan, serta pengusaha pelancongan dari Sulawesi Selatan dan Kalimantan Utara,”
katanya.Septania Rubi turut memberitahu Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assaffal P. Alian dijangka melancarkan festival itu pada 16 Nov ini.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ