SANDAKAN: Penganjuran program larian diharap diperbanyakkan lagi di Sandakan sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk memanfaatkan masa terluang dengan menjalankan kegiatan beriadah.
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong (gambar) berkata semakin kerap program seumpama itu diadakan, semakin ramai masyarakat menyertainya.
“Rakyat semakin menyedari pentingnya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa kebaikan kepada mereka.
“Di samping itu, kebanyakan program yang dianjurkan sejak kebelakangan ini membawa keseronokan dalam kalangan rakyat sambil menjuarai matlamat untuk menjaga kesihatan,” katanya ketika melancarkan Program Unicorn Fun Run di sini hari ini.Lebih 4,000 orang menyertai program larian 5km itu.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ