Vivian Wong semasa perbahasan di parlimen hari ini
SANDAKAN: Malaysia harus mengambil peluang untuk mendorong pembangunan Kawasan Pembangunan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) sehubungan pemindahan ibukota Indonesia ke Kalimantan Timur.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong berkata, ini kerana Kawasan Pembangunan ASEAN Timur mempunyai pontensi yang kuat dalam pembangunan ekonomi.
Katanya, negara juga boleh mengambil peluang ini untuk menjadikan negeri Sabah sebagai hub pengangkutan dan logistik kerana negeri Sabah berada dalam kedudukan geografi yang sederhana.
Tambahnya, Kawasan Pembangunan ASEAN Timur yang terdiri daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina juga meliputi kawasan seluas kira-kira 1.6 juta kilometer persegi dan mempunyai penduduk dianggarkan seramai 60 juta orang. “Ia juga mempunyai potensi pasaran yang besar,” katanya.
Beliau menyatakan rayuan berkenaan semasa menghadiri perbahasan bacaan kali ketiga Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di Dewan Rakyat.
Selain daripada itu, Vivin berkata Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–Thailand (IMT-GT) dan Kawasan Pembangunan ASEAN Timur juga hanya menerima dana sebanyak RM4 juta di bawah Program Kerjasama Serantau. “Ini jelas gagal memenuhi keperluan pasaran,” katanya.
“Negara kita perlu mengenali keupayaan Kawasan Pembangunan ASEAN Timur yang boleh menggalakkan ekonomi pasaran dan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mendorong pembangunan ini, terutamanya memperbaiki infrastruktur kawasan yang berkaitan,” tambahnya.
Dalam pada itu, Vivian berkata, laporan statistik Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (SEDIA) pada tahun 2018 menunjukkan rakan dagang utama Sabah adalah Semenanjung Malaysia, India, China, dan Australia.
“Tetapi jumlah dagangan antara Indonesia dan Filipina yang bersebelahan dengan Sabah separuhpun tidak sampai daripada dengan Australia,” jelasnya.
Beliau berkata, Kalimantan, Indonesia juga hanya bersebelah dengan negeri Sabah, tetapi tidak ada hubungan pengangkutan sempadan yang sempurna, bahkan tidak ada bangunan imigresen dan kuarantin yang rasmi serta terminal feri.
Katanya, rangkaian pengangkutan yang tidak mencukupi ini juga telah menyekat perjalanan ekonomi pasaran dan perdagangan. Selain itu, kadar kemiskinan di negeri Sabah telah mencapai 8 peratus iaitu kadar tertinggi di seluruh negara.
“Sabah memerlukan perhatian kerajaan baru dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengambil tindakan yang positif agar menangani masalah ini,” katanya.
Manakala bagi Sandakan pula, jelasnya ia mempunyai banyak projek infrastruktur dalam Rancangan Malaysia Ke-11. “Tetapi sampai ke hari ini ia belum dilaksanakan,” katanya.
Ini termasuk Kolej Seni Negeri Sabah di Hab Pendidikan Sungai Batang Sandakan, rancangan menaiktraf sistem kumbahan daerah Sandakan serta stesen janakuasa Pantai Timur.
Katanya, selain Projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah yang telah dihentikan, pihak kerajaan juga tidak ada mengumumkan rancangan yang baru untuk menggantikannya.
Ini akan menyebabkan bekalan kuasa di Pantai Timur Sabah menghadapi masalah bekalan kuasa yang tidak mencukupi. Pada sesi perbahasan yang sama, Vivian berkata oleh sebab faktor-faktor yang tidak stabil dalam pasaran penanaman global, Kluster Industri Minyak Sawit Sandakan juga tidak dapat digunakan dengan baik.
Katanya, masalah ini juga memerlukan perhatian Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mencadangkan penangguhan yang berkesan agar dapat menyelesaikan masalah ini.
Tambahnya, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga harus memulihkan pembangunan ekonomi negeri Sabah dan mengelakkan negeri Sabah tidak terlalu bergantung pada pasaran kelapa sawit.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ