SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjong Papat Datuk Frankie Poon (gambar), meminta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sandakan, dan agensi berkaitan untuk membuat persiapan menangani musim ribut.
Poon menyatakan bahawa mujurnya pokok yang tumbang di hadapan Jambatan 16 Kampung Sim-Sim, akibat hujan lebat beberapa hari yang lalu, tidak mencederakan sesiapa. Oleh itu, langkah-langkah berwaspada perlu diambil untuk mengurangkan kerosakan akibat ribut dan untuk mengelakkan berlakunya kejadian serupa.
Beliau merayu kepada MPS untuk melakukan pembersihan longkang, pemangkasan dahan-dahan pokok terutamanya berhampiran semua tiang elektrik untuk mengelakkan pokok-pokok yang tumbang pada kabel yang akan menyebabkan gangguan bekalan elektrik.
Lain-lain kerja persiapan yang diperlukan ketika musim hujan sedang menghampiri dan tindakan pencegahan ini akan memainkan peranan yang besar dalam mengurangkan kerosakan, katanya lagi.
Poon menegaskan bahawa semasa kecemasan agensi-agensi yang berkaitan harus memfokuskan sumber kepada situasi yang paling teruk dan diperlukan.
Beliau juga berharap agar orang ramai lebih berwaspada dan menghargai kerja-kerja petugas yang berdepan dengan ribut, tidak kira hujan atau kepanasan dan siang atau lewat malam, untuk menjalankan tugas mereka.
Poon juga menyeru orang ramai untuk menggunakan aplikasi telefon mudah alih dan mengikut perkembangan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi. Mereka perlu berada di tempat yang selamat semasa hujan lebat melainkan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ