Peter (berdiri tengah) bersama AJK beliau, Roslan serta penerima buku-buku latihan tambahan pada majlis pelancaran PDM UPKO Kampung Padas
SANDAKAN: Ketua UPKO Bahagian Libaran Dr. Peter Jr. Naintin telah melancarkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Kampung Sungai Padas baru-baru ini.
Dalam majlis yang telah diadakan di perkarangan kediaman pengasas kampung berkenaan Roslan Mahalan, Peter turut menerima permohonan ahli baharu seramai 147 orang untuk cawangan tersebut.
Berucap di majlis berkenaan, Peter yang juga Ahli Majlis Tertinggi UPKO memberitahu bahawa UPKO mewujudkan kesinambungan untuk kesejahteraan dan keharmonian penduduk terutamanya di Kg Padas pada hari ini.
UPKO menjadi pengantara atau jambatan untuk membantu penduduk kampung dalam perkara utama seperti keselamatan kampung, pendidikan para pelajar, kebajikan rakyat, program muda-mudi, dan hak-hak Anak Negeri yang perlu diperjuangkan untuk generasi masa hadapan, kata Peter lagi.
Sementara itu, Peter turut menyerahkan buku-buku latihan tambahan yang juga di bawah Program Gelombang Libaran Pantai Timur Sabah kepada para pelajar dari Pra-sekolah sehingga Tingkatan 5 yang tinggal di Kg Padas dan kawasan sekitarnya bagi persediaan pelajar untuk tahun hadapan.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius