KONGRES NASIONAL MEDAN MENGGILAP SEMULA MUAFAKAT DAN KESATUAN DALAM PERJUANGAN KEADILAN

SANDAKAN: Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat cabang Sandakan Isaac Wong Kah Kiet menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia yang dipilih oleh anggota AMK dalam Pemilihan 2018  bahawa Kongres Nasional adalah medan untuk menggilap semula muafakat dan kesatuan anggota dalam perjuangan KEADILAN. 

Kenyataan Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN dua hari lepas berhubung isu pembatalan jemputan kepada Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai perasmi Kongres Nasional AMK hanya mencerminkan betapa KEADILAN sedang dilanda krisis kepimpinan sehingga menyebabkan parti berada dalam keadaan yang berantakan. 

Saya menyokong pendirian ahli-ahli pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat bahawa bahawa sikap dan tindakan membatalkan jemputan tersebut merupakan suatu langkah yang sama sekali bertentangan dengan semangat kongres serta konvensyen dan tradisi organisasi, tambah Wong.

Justeru itu, tindakan pembatalan dan kenyataan Setiausaha Agung tersebut juga akan memberi mesej dan teladan yang salah kepada anggota khususnya generasi baru dalam KEADILAN. Melainkan, jika Setiausaha Agung mahu perpecahan dan keberantakan dalam parti ini terus berlaku, katanya.

Maka, saya menyokong kenyataan ahli ahli pimpinan angkatan muda keadilan pusat yang dipilih supaya kepimpinan parti mengambil langkah yang tegas untuk mengembalikan KEADILAN di atas landasannya, menggembeleng muafakat dan kesatuan anggota serta mempertahankan konvensyen dan tradisi organisasi, kata Wong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *