Ahmad Syakir, Akip Ismail dan Datuk Muguntan Vanar merakam gambar kenangan bersama para pengamal media dan warga kerja BERNAS serta BCSB selepas tamat perlawanan pesahabatan berkenaan.
KOTA KINABALU: Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh pengamal media, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), bersama anak syarikatnya Beras Corporation Sdn. Bhd. (BCSB) serta Sazarice Sdn Bhd telah bersama-sama menganjurkan perlawanan boling perlawanan di The Striker’s Bowl, Sutera Harbour Resort, di sini, pada Jumaat.
Seramai lebih 50 media pengamal media dan anggota kerja BERNAS, BCSB dan Sazarice bersama-sama memeriahkan kejohanan ini.

Turut hadir ialah Jasnih Haji Daya, Ketua Jabatan Operasi Malaysia Timur (Sabah), BCSB; Ahmad Syakir, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat BERNAS, Akip Ismail, Pengarah Eksekutif Sazarice dan Datuk Muguntan Vanar, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA).
Perlawanan yang julung kali dianjurkan di Sabah ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan persahabatan di antara syarikat yang bertindak sebagai Single Gatekeeper Industri Padí dan Beras Negara, BERNAS dengan teman-teman media .

Peserta dibahagikan kepada 9 kumpulan dengan mempertandingkan kategori berpasukan serta individu lelaki dan wanita.
Pasukan yang meraih kemenangan dan pemain terbaik dalam pertandingan itu turut membawa pulang hadiah wang tunai.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ