SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah telah berjaya menganjurkan Program Community Policing bersama masyarakat dan nelayan persisir pantai daerah Sandakan.
PPM begitu prihatin terhadap kejadian-kejadian jenayah dan salah laku khusus nya masyarakat persisir pantai. Dalam hal ini pihak PPM sentiasa memantau masyarakat yang terlibat dengan salahlaku jenayah.
Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata, program ini merupakan salah satu inisiatif PPM untuk mengenali dengan lebih rapat masyarakat setempat dan dalam masa yang sama mereka juga boleh berkongsi masalah yang dihadapi terutamanya jenayah yang berlaku di perairan Sandakan.
Menurutnya lagi, objektif program ini dilaksanakan untuk memberi pemahaman dan pengetahuan kepada masyarakat berkenaan undang-undang dan pelaksanaan PPM.
Selain itu, perlaksanaan ini sangat proaktif di mana pelan dan mekanisme tindakan pencegahan dilaksanakan sebagai usaha mengekang dan mencegah dari berlakunya perbuatan jenayah di peraiaran, tambah beliau.
Pihak PPM juga menyediakan rondaan dan sebagainya untuk masyarakat melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti menjadi mata dan teliga sebelum berlakunya jenayah di perairan serta terus menyalurkan maklumat kepada PPM untuk ambil tindakan lanjut, kata Mohamad Pajeri.
Program yang di laksanakan adalah seperti memberi ceramah khas jenayah rentas sempadan, sukaneka dan sukan air untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mendekatkan lagi hubungan persahabatan antara masyarakat setempat bersama PPM Sabah, katanya lagi.
Kami menyeru kepada semua masyarakat agar menyalurkan sebarang kegiatan berkenaan jenayah di talian Gerakan PPM Sandakan di talian 089-221453 atau Gerakan PPM IPK Sabah 088-454819 untuk tindakan lanjut, kata Mohamad Pajeri.
Teks ucapan Mohamad Pajeri telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah PPM Sandakan DSP Rusdin Banin.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ