Jangan Samakan KDM dengan PTI: SAPP

Oleh: Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Kadazan Dusun Murut  tidak boleh dilabelkan sebagai penghuni setinggan sama seperti setinggan yang majoritinya adalah pendatang tanpa izin PTI  yang membanjiri beberapa penempatan disekitar pinggir bandar diseluruh negeri ini.

Naib Presiden Parti Maju Sabah SAPP John Mitah (Gambar)  berkata, sepatutnya tiada pihak yang berani  mendakwa dikalangan pihak  Kadazan Dusun Murut (KDM) tinggal di kawasan setinggan.

“Disebabkan KDM mempunyai  Native  Customary Rights (NCR)  maka mana-mana pihak diingatkan agar  tidak menyamakan  KDM dengan isu pendatang  tanpa izin  (PTI) yang kebanyakan tinggal  di kawasan setinggan  semenjak awal 70-80an  lalu .

“KDM adalah kaum asal Sabah yang telah diiktiraf oleh British dan United Nation UN di mana sahaja mereka menetep mengikut  kesesuaian di negeri ini” katanya.

Sungguhpun demikian  KDM bukanlah jenis kelompok  masyarakat yang suka melawan  arus undang-undang  malah mereka adalah ahli masyarakat  yang sentiasa  patuh dan tunduk  kepada perlembagaan di negara ini, katanya.

“Saya tegaskan sekali lagi bahawa KDM bukan PTI yang suka merampas hak orang lain” katanya kepada  pihak media  dalam satu siaran media  disini.

John yang juga seorang aktivis masyarakat berkata, sejak dahulu pihak berkuasa menggelar PTI sebagai ibu kepada segala masalah derita Sabah dan Polis  turut menyarankan  agar pemimpin  dalam kerajaan  dengan  kerjasama masyarakat setempat menyeru agar memusnahkan setinggan  dan mengusir  PTI ke negara  asal mereka.

“Jika kerajaan  lalu dikatakan gagal  menyelasaikan  isu PTI di Sabah maka wajarlah  kerajaan hari ini harus bertindak  bijak dan tegas dan bukan asyik  menyalahkan kerajaan yang lalu sahaja.

”Pemimpin  hari ini seharusnya  menekankan  penghantaran balik PTI ke negara asal  masing-masing,” katanya.