Oleh: Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Kadazan Dusun Murut tidak boleh dilabelkan sebagai penghuni setinggan sama seperti setinggan yang majoritinya adalah pendatang tanpa izin PTI yang membanjiri beberapa penempatan disekitar pinggir bandar diseluruh negeri ini.
Naib Presiden Parti Maju Sabah SAPP John Mitah (Gambar) berkata, sepatutnya tiada pihak yang berani mendakwa dikalangan pihak Kadazan Dusun Murut (KDM) tinggal di kawasan setinggan.
“Disebabkan KDM mempunyai Native Customary Rights (NCR) maka mana-mana pihak diingatkan agar tidak menyamakan KDM dengan isu pendatang tanpa izin (PTI) yang kebanyakan tinggal di kawasan setinggan semenjak awal 70-80an lalu .
“KDM adalah kaum asal Sabah yang telah diiktiraf oleh British dan United Nation UN di mana sahaja mereka menetep mengikut kesesuaian di negeri ini” katanya.
Sungguhpun demikian KDM bukanlah jenis kelompok masyarakat yang suka melawan arus undang-undang malah mereka adalah ahli masyarakat yang sentiasa patuh dan tunduk kepada perlembagaan di negara ini, katanya.
“Saya tegaskan sekali lagi bahawa KDM bukan PTI yang suka merampas hak orang lain” katanya kepada pihak media dalam satu siaran media disini.
John yang juga seorang aktivis masyarakat berkata, sejak dahulu pihak berkuasa menggelar PTI sebagai ibu kepada segala masalah derita Sabah dan Polis turut menyarankan agar pemimpin dalam kerajaan dengan kerjasama masyarakat setempat menyeru agar memusnahkan setinggan dan mengusir PTI ke negara asal mereka.
“Jika kerajaan lalu dikatakan gagal menyelasaikan isu PTI di Sabah maka wajarlah kerajaan hari ini harus bertindak bijak dan tegas dan bukan asyik menyalahkan kerajaan yang lalu sahaja.
”Pemimpin hari ini seharusnya menekankan penghantaran balik PTI ke negara asal masing-masing,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ