IBU BAPA PERLU SOKONG PENDIDIKAN ANAK

Rakam Sijim (baju biru) semasa menyerahkan sijil kepada salah seorang pelajar

Oleh: Nio James

TAMPARULI: Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah kali ke 52 Tadika St Philip Tamparuli bagi tahun 2019 telah dilangsungkan dengan jayanya dan penuh meriah, baru-baru ini.

Majlis perasmian konvensyen tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang juga Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah, Tuaran, Rakam Bin Sijim.

Rakam Sijim melayani seorang pelajar tadika berkenaan

Dalam ucapan perasmian, Rakam menekankan pentingnya ibu bapa untuk menyokong pendidikan anak-anak.

“Pendidikan bukan sekadar memahami teori tapi juga kaedah pembelajaran yang tersusun supaya boleh menjadi insan yang seimbang, kreatif dan innovatif,” katanya.

Katanya,  selain memberi tumpuan kepada pendidikan, ibu bapa juga perlu sentiasa memantau anak-anak terutama dalam penggunaan pelbagai aplikasi di telefon bimbit seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Rakam Sijim (baju biru) bersama Pengerusi Peter Lo (6 dari kiri) serta Ahli Lembaga Tadika St Philip, Tamparuli yang lain dan guru-guru

Pada majlis tersebut, seramai 60 orang kanak-kanak telah berjaya menamatkan sesi persekolahan di tadika tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Tadika St Philip Tamparuli, Peter Lo Su Liok berkata, semua pelajar sekolah itu telah berjaya menamatkan persekolahan mereka dan berharap majlis itu dapat memberi perangsang untuk mereka lebih berjaya di peringkat yang lebih tinggi.

Turut belangsung dalam majlis itu ialah persembahan koir dan sketsa daripada pelajar Tadika St Philip Tamparuli bagi memerihkan lagi majlis konvokesyen tersebut.