GURU UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRINYA SENDIRI

ALBUM KENANGAN… Padis (6 dari kiri) bersama Pain, Latif, Faridah, Jaiping, Jeson, Evelyn dan beberapa di antara para guru dan alumni SMK Kota Marudu

Oleh Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Profesion guru umpama lilin yang membakar dirinya sendiri bagi menerangi orang lain, begitulah pengorbanan yang dipikul  seorang guru bagi mendidik anak-anak dari kecil sehingga dewasa  demi melahirkan  insan berguna pada negara dimasa akan datang.

Ketua bahagian UPKO P168 Kota Marudu  Padis Majingkin berkata,  penghargaan dan pengiktirafan  yang disampaikan  kepada para guru menerusi majlis seumpama ini  merupakan satu majlis yang penting kepada golongan pendidik kerana  golongan  tersebut berkesempatan untuk diraihkan dan dihargai  melalui majlis makan dan penyampaian anugerah sambil  berhibur.

“Saya difahamkan bahawa majlis seumpama ini merupakan  kali pertama diadakan   menerusi  koperasi sekolah  yang sudah 19 tahun  ditubuhkan bagi menghargai  usaha dan  komitmen guru serta  memberikan suntikan semangat  kepada guru yang sudah lama berkhidmat, juga yang baru berkeluarga maupun yang hendak  berpindah dan meninggalkan sekolah tersebut”

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis  jamuan akhir tahun SMK Kota Marudu 2019 di dewan komuniti di sini  pada  selasa  bersama  lebih 300 keluarga pendidik dan alumni  serta PIBG.

 “Saya  mengucapkan tahniah  diatas  komitmen pengetua dan ketua-ketua bidang masing-masing kerana tanpa  komitmen mereka  usaha untuk melahirkan ramai golongan yang akhirnya berjaya dalam kerjaya masing-masing tidak kesampaian.“ katanya.

Sebelum itu Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimin berkata,  sekolah yang  berusia  lebih 50 tahun ini memerlukan kerjasama  daripada pihak ibubapa dan alumni sekolah untuk terus membantu  pihak sekolah dalam memastikan kejayaan sekolah ini akan berterusan.

Mengulas lanjut Faridah berkata,  majlis seumpama ini  akan dapat mencetuskan  perasaan  kekitaan  disamping mengeratkan silaturahim dikalangan guru dan kakitangan sekolah dalam menjalankan kewajipan masing-masing.

Sekolah ini mempunyai 1,930 orang murid dengan 80 orang guru yang mengajar sebelah pagi dan 60 orang guru yang mengajar sebelah petang.