Pahang dijangka berdepan tempoh lima hari kritikal bermula 22 Dis

[ad_1]


KUANTAN, 4 Dis (Bernama) — Pahang khususnya daerah Kuantan, Rompin dan Pekan dijangka berdepan tempoh lima hari yang “kritikal” risiko banjir susulan ramalan hujan lebat dan air pasang besar sepanjang tempoh berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sehubungan itu, kerajaan negeri mengingatkan penduduk di kawasan rendah di tiga daerah berkenaan agar peka dengan persekitaran selain bersedia untuk berpindah jika diarahkan berbuat demikian.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, di sini hari ini, beliau berkata kerajaan negeri sudah bersedia menghadapi banjir tahun ini dengan 664 pusat pemindahan sementara (PPS) diwujudkan di semua daerah yang memapu menampung 160,000 mangsa.
…..

 

[ad_2]