PELAJAR MRSM TERIMA SURAT TAWARAN UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Farid (kiri) menyerahkan surat tawaran pelajar MRSM Tawau kepada Gilbert disaksikan oleh Samsuni (2 kiri) dan Ambotola

KOTA KINABALU : Persatuan Alumni Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Malaysia Sabah atau lebih dikenali sebagai X-MRSM Sabah merupakan sebuah NGO yang menghimpunkan bekas-bekas pelajar MRSM seluruh Malaysia yang berada di Sabah.

Pada Jun tahun lepas, X-MRSM Sabah telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi membantu pelajar-pelajar MRSM di seluruh negeri Sabah dan Sarawak untuk mengikuti program asasi dalam bidang sains dan perdagangan.

Dengan adanya program kerjasama ini, pelajar MRSM di Negeri Sabah hanya perlu menggunakan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM MRSM tanpa menunggu keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Pihak X-MRSM Sabah akan membantu dari segi tajaan pengajian kepada semua pelajar yang layak.

Penyerahan surat tawaran kepada kumpulan pertama pelajar MRSM dilakukan pada HariInovasi MRSM Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’Samsuni Mohd Nor baru-baru ini.

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh ahli Alumni UTP,  Ahmad Farid Sainuri, juga selaku Presiden Majlis Belia Sabah (MBS)yang merupakan bekas pelajar ambilan pertama MRSM Kota Kinabalu 2002 dan diserahkan kepada Gilbert Wong, Pengetua MRSM Kota Kinabalu mewakili Pengarah MARA Negeri Sabah, Suhaimi Zainuddin.

Majlis bersejarah ini disaksikan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah,Dato’SamsuniMohd Nor dan Hj Ambotola Pelu,Pengerusi Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS). Kedua-duanya merupakan bekas pelajar ambilan pertama MRSM Kuantan tahun 1974.

Selain daripada Datuk Dr Yusuf Yacob,Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah,Dato’Samsuni,Tuan Hj Ambotola dan Ahmad Farid merupakan barisan penaung kepada X-MRSM SABAH.

Haji Mohd Nizar Idris,Pengetua MRSM Tawau telah memaklumkan bahawa kumpulanpertama yang terdiri daripada 77 orang calon SPM dari MRSM Tawau ini juga merupakanpemegang sijil International General Certificate of Secondary School(IGCSE).

MRSM Tawau merupakan satu-satunya MRSM di Sabah yang mewajibkan pelajarnya menduduki IGCSE ketika di Tingkatan 4.Kumpulan seterusnya yang terdiri daripada pelajar MRSM Semporna, Sandakan dan Kota Kinabalu bakal menerima surat tawaran dalam masa terdekat.