Mahkamah Tinggi benarkan kes Najib dan Mohd Irwan Serigar dipindah ke Mahkamah Tinggi

[ad_1]


Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang didakwa atas enam tuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Rozana Ali Yusof membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah yang bertindak bagi pihak Najib dan peguam Datuk K.Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan Serigar, bagaimanapun tarikh sebutan akan ditetapkan kemudian.

Terdahulu pada sebutan kes itu hari ini, Mohamed Shafee memberitahu mahkamah dua kes yang membabitkan bekas Perdana Menteri itu sudahpun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
…..

 

[ad_2]