[ad_1]
GEORGE TOWN, 7 Dis (Bernama) — Sebanyak RM3 juta peruntukan disediakan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy.
Beliau berkata peruntukan itu sudah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), dan turut ditubuhkan Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang akan bermesyuarat empat kali setahun, bagi melihat keperluan tersebut.
“Penyaluran peruntukan tahunan ini secara ´one-off´ dan dicadang untuk disediakan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur terutamanya sekolah-sekolah berada di tahap kritikal.
“Kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi mengelak kerosakan lebih teruk atau melibatkan keselamatan pengguna, ” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
…..
[ad_2]


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ